Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Ahad, 28 Februari 2016

"KAKI BODEK" Dalam MT UMNO Sepatutnya Usul Najib Di Gantung..

"KAKI BODEK" Dalam MT UMNO Sepatutnya Usul Najib Di Gantung..

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melalui catatan Facebooknya menggesa golongan kaki bodek dalam Majlis Tertinggi membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Facebook Khairuddin Abu Hassan
Sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung keahliannya , bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa golongan “kaki bodek” dalam Majlis Tertinggi (MT) membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin berkata, keseluruhan ahli MT sepatutnya mengusulkan perkara itu sekurang-kurangnya buat sementara, sehingga selesai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion serta wang syarikat SRC RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib tamat secara rasmi.
“Imej Najib Razak kini amat tercemar dan terpalit dengan belenggu rasuah serta salah guna kuasa dengan begitu teruk sekali.
“Puak bangang kaki bodek minda lemah yang menduduki Majlis Tertinggi Umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden Umno kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti Umno!
“Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti Umno,” tulis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu di laman Facebook semalam. – TMI

http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/02/kaki-bodek-dalam-mt-umno-sepatutnya.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan