MUHYIDDIN DEDAH BEKAS PEGUAM NEGARA BERITAHU, ADA BUKTI JENAYAH NAJIB
BANGI, Sabtu – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan bagaimana beliau mendapat tahu mengenai skandal Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau yang dimuat naik sebentar tadi, Muhyiddin berkata, bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail memberitahunya mengenai wang yang masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International.
“Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan