Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Isnin, 29 Februari 2016

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad hari ini mengumumkan keluar Umno

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah hilang hala tuju dan tidak lagi relevan dalam pembangunan negara.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno, pada Mei 2008 beliau bertindak keluar parti itu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mengambil keputusan menyertai semula Umno pada 2009 selepas penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi presiden.

Dr Mahathir kini sangat kritikal terhadap pentadbiran Najib, beliau membuat tuduhan wujud salah laku dan salah guna kuasa membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga kontroversi wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Najib bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu. – 29 Februari, 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan