Bongkar: Jho Low Nasihat Najib Gadai Telaga Minyak Terengganu...
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa jutawan Jho Low telah meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mendapatkan kerajaan supaya menjamin pinjaman 1MDB.
Beliau berkata ia selepas Jho Low memujuk Najib untuk menjadikan pendahulu 1MDB - Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) - sebagai dana kekayaan negara (SWF) untuk mendapatkan RM5 bilion dengan menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, tetapi telah dibantah oleh pihak istana.
"Jho Low kemudian menasihatkan Najib bahawa kerajaan persekutuan perlu menjamin pinjaman itu," kata Tun Mahathir dalam blognya hari ini.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mendakwa ia dilakukan tanpa pengetahuan kabinet.
Perkara seperti itu, katanya, sepatutnya dibincangkan dan diluluskan oleh Kabinet.
"Tidak ada bukti bahawa kertas kabinet telah disediakan dan dibentangkan untuk kelulusan walaupun jumlahnya luar biasa besarnya. Malah untuk masa yang lama kabinet tidak mengetahuinya," katanya.
http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/03/bongkar-jho-low-nasihat-najib-gadai.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan