Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Khamis, 3 Mac 2016

Muhiyddin: Bekas AG Simpan Banyak Bukti Kesalahan Najib..

Muhiyddin: Bekas AG Simpan Banyak Bukti Kesalahan Najib..Sebarkan

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi dakwaannya bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai bukti untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebahagian daripada bukti yang ditunjukkan adalah aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Ini, katanya, adalah maklumat sama dalam carta aliran yang peguam negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali paparkan semasa beliau ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung ‘derma’ M2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International yang dimiliki kementerian kewangan.

Muhyiddin berkata Gani memberitahunya banyak lagi tetapi maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut belum dibawa ke mahkamah.

http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/03/muhiyddin-bekas-ag-simpan-banyak-bukti.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan