Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Ahad, 13 Mac 2016

NAJIB PECAT DR MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS. TENGKU RAZALEIGH PENASIHAT BARU?

NAJIB PECAT DR MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS. TENGKU RAZALEIGH PENASIHAT BARU?

HARI INI, Najib Razak memecat Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pecat memecat sudah menjadi LEGASI Najib.

Siapa yang tidak SEBULU diPECAT.

Senarai pemimpin Umno yang tidak sebulu dengan Najib dan Rosmah Mansor semakin panjang, hari demi hari.

Cuma Najib takut hendak memecat bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mungkin kerana Najib takut RAHSIA beliau didedahkan oleh Ahmad Said atau kerajaan negeri JATUH ke tangan Pas.

Kesalahan yang dibuat oleh Ahmad Said amat BERAT SEKALI - cuba menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Umno di Terengganu.

Tidak ada kesalahan dalam parti yang lebih berat daripada itu.

Sebenarnya tidak ada masalah jika Kerajaan Umno di Terengganu TUMBANG kerana yang akan menggantikan Umno pun sahabat Najib - Hadi Awang.

Hanya pentadbiran kerajaan negeri berpindah tangan - dari Umno kepada sahabat karib Najib, Hadi Awang, pemimpin parti Pas. Sekurang-kurangnya Hadi mendapat peluang memperbetulkan kesilapan beliau yang lalu di mana sebagai Menteri Besar, Hadi mentadbir Terengganu sama seperti beliau mentadbir Masjid Rusila.

Kembali kepada pemecatan Dr Mahathir.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Tengku Razaliegh Hamzah akan dilantik sebagai penasihat Petronas yang baru.

Katanya Najib ada bertemu Ku Li sebelum Dr Mahathir melancarkan Gerakan Undur Najib - Selamatkan Malaysia.

Katanya juga, Ku Li turut terlibat di dalam gerakan tersebut tetapi selepas bertemu Najib, beliau mengundur diri.

Dulu Ku Li cuba menobatkan diri beliau sebagai penyelamat negara dan segala apa yang dilakukan oleh Najib semua salah sehinggakan Ku Li mengutuskan SURAT kepada semua Ahli Parlimen dan menyenaraikan segala KELEMAHAN kerajaan pimpinan Najib.

Tidak cukup dengan itu, Ku Li berucap di Parlimen umpama ucapan "State of the Union" Presiden Amerika Syarikat bagi memberi gambaran beliau lah yang layak membetulkan keadaan negara.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri sehinggakan pada satu ketika tahun lepas, usaha dilakukan untuk MEMANCING Ahli Parlimen BN untuk menyokong undi tidak percaya kepada Najib dan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Itu lah Tengku Razaliegh Hamzah.

Sebab itulah beliau hanya mampu naik setakat jawatan Naib Presiden Umno.

Dengan prinsip yang ada sekarang, beliaulah yang paling sesuai dilantik sebagai Penasihat Petronas yang baru menggantikan Dr Mahathir.

Itulah jawatan yang sesuai untuk beliau sebagai hadiah persaraan dan hadiah kepada prinsip diri yang ada pada Tengku Razaleigh Hamzah.

http://kedahku.blogspot.my/2016/03/najib-pecat-dr-mahathir-sebagai.html?m=1

Image result for mahathir+petronas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan