Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Sabtu, 30 April 2016

Jika Rakyat Sudah Tidak Suka Najib Sebagai PM, Jangan Undi BN Masa PRN Sarawak Dan PRU14.... Najib Ada Berani Sebut ?

Jika Rakyat Sudah Tidak Suka Najib Sebagai PM, Jangan Undi BN Masa PRU14.... Najib Ada Berani Sebut ?

Mkini

"Kita bukan kerajaan kuku besi dan mengamalkan 'dictatorship'.

Tu dia .... Najib jawab kritikan dari rakyat yang sejak akhir2 ini ramai yang mula menuduh Najib mengamalkan cara diktator, termasuk Tun Mahathir yang kata Malaysia menuju ke arah negara Korea Utara dan juga dari Muhyiddin yang kata - "Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baru," ( Mkini )

Kemungkinan besar Rakyat akan sambung kenyataan Najib dengan - asal jangan kritik Najib !

Terbukti, sesiapa saja yang kritik Najib atau apasaja yang berkaitan dengan Najib akan dikenakan tindakan. Sebab itu Malaysia dikata mengamalkan sistem Demokrasi Berpilih !

Kemudian Najib jelaskan lagi maksud demokrasinya -

“Kita adalah kerajaan yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen di mana setiap lima tahun kita akan kembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dikehendaki,"

Itu kita semua akui dan bersyukur kerana hak untuk memilih kerajaan adalah di tangan rakyat berasaskan sistem siapa yang memiliki kerusi Parlimen paling banyak.

No problem there. TAPI .... yang dibangkitkan rakyat bukan persoalan mengenai menukar kerajaan tapi mengenai menukar Perdana Menteri !

SO .... sesiapa boleh tolong jawab, bagaimana rakyat mahu menukar seorang PM yang dilihat tidak lagi layak untuk terus menerajui kerajaan ?

Apakah Najib dan kepimpinan Umno BERANI untuk katakan kepada rakyat bahawa - Jika rakyat sudah tidak suka lagi Najib sebagai PM, maka jangan undi BN ! ?  Ada berani ?

Sebab persoalan bagaimana mahu menukar PM itu tidak pernah mahu dijawab oleh sesiapa pun. Asal kita tanya je soalan itu, Najib dan macai2nya akan alih isu kepada menukar kerajaan.

Sekali lagi saya ulang - Rakyat mahu tahu bagaimana hendak tukar seorang PM, bukannya menukar kerajaan. Boleh sesiapa tolong jelaskan ?

http://dinturtle.blogspot.ae/2016/02/jika-rakyat-sudah-tidak-suka-najib.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan