Justo saman The Edge, Sarawak Report
Kuala Lumpur - Bekas kakitangan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo akan mengemukakan saman terhadap pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong serta pengasas Sarawak Report, Clare Brown Rewcastle.
Laporan Bernama dipetik sebagai berkata, Xavier turut menyaman penerbit The Edge Ho Kay Tat dan mengarahkan ketiga-tiga mereka memulangkan semula kesemua data yang diberikan untuk mengugut PetroSaudi sebelum ini.
Menurut Justo, beliau akan membawa kes ini ke Singapura kerana beliau menyerahkan data tersebut kepada ketiga-tiga defendan di sana.
Justo kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok setelah didapati bersalah mencuri 90 gigabyte data termasuk email dan dokumen bagi mengugut bekas majikannya itu.
[ads2 color="transparent" res="no" ref="" id="alignnone"]
Bernama melaporkan, ugutan Justo gagal lalu beliau menyerahkan data tersebut kepada Kooi Ong dan Clare yang kemudiannya menawarkan US$2 juta sebagai imbuhan, namun ianya tidak ditunaikan sehingga warga Switzerland itu ditangkap di Koh Samui, Thailand.
Data sama juga digunakan Kooi Ong dan Clare bagi memburukkan imej 1MDB selain menuduh PetroSaudi memas
Sebelum ini, Polis Thai mengesahkan data yang diberikan Justo kepada Kooi Ong dan Clare diubah bagi tujuan memburukkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Laman web mengubah data untuk memburukkan Perdana Menteri," kata jurucakap Polis Thailand, Leftenan Jeneral Prawuth. - mD http://www.kualalumpurpost.net/justo-saman-the-edge-sarawak-report/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan