Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Jumaat, 1 April 2016

Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletakkan semua jawatanya dalam semua GLC dan syarikat yang berkaitan kerajaan

SIARAN AKHBAR

Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuatkuasa 30 Mac 2016. Surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Dato Seri Syed Faisal Albar semalam.

Dr Mahathir juga melepaskan jawatan beliau sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuatkuasa 30 Mac 2016. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Rektor UTP Datuk Abdul Rahim Hashim.

Tun Dr Mahathir juga telah meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA). Ketua Setiausaha kepada Kerajaan telah dimaklumkan tentang peletakan jawatan tersebut.

Pejabat Dr Mahathir bin Mohamad
Putrajaya
31 Mac 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan