
Suara Pakatan Rakyat Sabah mengucapkan selamat menyambut ulangtahun penubuhan UMNO ke-64 tahun pada 11 mei 2010, dengan ucapan kembalilah kepangkal jalan demi perjuangan nasib orang orang Melayu.
Di dalam kehidupan manusia jika berkhidmat di jabatan Kerajaan umur 58 tahun kira dah bersarah, kerana di angap dah tak larat untuk berkerja, maka penubuhan UMNO dah lebih dari umur kakitangan kerajaan yang berpencen, maka berihatlah demi kepentingan Melayu untuk bersatu.
Jangan biarkan Melayu berpecah bela di bumi Malaysia, jika kita tak sangup membelanya oleh kerana kuasa kuasa yang kita pegang kita hancurkan UMNO, Rakyat malaysia tahu bahawa UMNO dahulu dan sekarang banyak perbezaannya.
Kalau di zaman UMNO masi mudah dahulu, seluruh Dunia amat menghormatinya kerana memperjuangkan hak hak orang Melayu, tapi itu dulu waktu masih muda, sekarang zaman dah berubah, hari demi hari umur Manusia pun makin meningkat, maka umur UMNO pun dah nak sampai ke Subuh, kata orang, Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari.
Kita ibaratkan manusia jika umur dah menjangkau umur 64 tahun maka makin kuat lah pelupanya dan kuat merajuk anak anak pun jadi serba salah, dan semacam inilah kejadiannya UMNO sekarang, dah uzur.
Ada lagi satu peringatan yang perlu kita semua Rakyat Malaysia perlu ingat, bermulanya nama nama Perdana Menteri Malaysia dengan perangkaan R.A.H.M.A.N dan bermula dengan Perdana Menteri Tengku Abd Rahman, dan berakhir dengan DS Najib, maka semua perkara ini perlu di ambil kira kebenarannya.
Sebelum saya berundur, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua ahli UMNO di seluruh Malaysia jika tulisan saya menyingung mana mana pihak, tulisan di atas hanya lah pandangan dan peringatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan