Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Selasa, 2 Oktober 2012

Belanjawan, Ditelan Mati Anak, Diluah Mati Emak?



Salam Refomasi

Saya ni bukanlah bijak sangat dalam soal kewangan, cuma dalam kebodohan ini saya lihat dan dengar belanjawan Negara 2013 yang dikemukkan oleh Perdana Menteri Malaysia dengan jumlah Rm261.6 bilion pada jumaat baru baru ini hanyalah sekadar belanjawan untuk PRU 13.

Walaupun belanjawan Negara 2013 banyak menkankan untuk Rakyat, tapi kita juga harus tahu dari mana kewangan yang kita perolehi kewangan tersebut, sedangkan Negara sekarang telah berhutang sebelum belanjawan sejumlah Rm476.68 bilion ditambah dengan belanjawan 2013 jumlah keseluruhan Rm738.28 bilion?

Jika sekali pun belanjawan sekadar untuk digunakan sebagai gula gula untuk Rakyat, harus juga dilihat dengan kemampuan Negara dengan penghasilan yang diperolehi dari mana? dan berapa banyak?

Jika sekali pun belanjawan 2013 untuk digunak untuk memikat pengundi, sebagai Pemimpin negara juga harus ingat keupayaan kewangan Negara pada masa kini, bukan sekadar  walau pun pahit akan ku telan.

saya sebenarnya bukan nak menyampok kebijaksanaan Pemimpin Negara, tapi saya semacam terpanggil untuk meluahkan pandangan saya sebagai Rakyat yang meluat mendengar belanjawan yang melebihi batas natas kempampuan penghasilan Negara.

Jika sekali pun belanjawan kali ini adalah yang terakhir untuk dikemukkan untuk menempuh pilihan raya, gunakanlah belanjawan yang termampu apa yang Negara hasilkan setiap tahun.

Sebagai Pemimpin harus ikhlas untuk memikat hati rakyat, bukan terdesak sebagai umpan untuk memikat hati Rakyat, kalau ditakdirkan BN akan menang pada PRU 13, maka yang mendapat bahang kesengsaraanya adalah Rakyat.

Untuk menghahiri tulisan saya, saya doakan semuga Negara Malaysia akan aman makmur dari segala jenyah Rasuah yang tidak ada penghujungnya. Amin.





Suara Pakatan Rakyat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan