Jadilah Kerajaan Yang Boleh Membantu Rakyat, Bukan Kerajaan Memperkayakan Karoni.
Selasa, 3 Disember 2013
Rahsia kekal sihat pada usianya 107 tahun
Suara Rakyat Suara Keramat
Kepala Batas: Kopi ‘O’ dan ulam pegaga antara amalan rahsia seorang warga emas terus kekal sihat pada usianya kini 107 tahun.
Kelewatan membuat kad pengenalan diri ketika kecil menyebabkan tarikh lahir sebenar Saadiah Hamad dari Simpang Empat Permatang Buloh, dekat sini, tidak mencatatkan usia sebenarnya, sebaliknya dia diletakkan berusia 99 tahun.
Menurut Saadiah, kesukaran hidup ketika kecil menyebabkan keluarganya lewat membuat kad pengenalan diri selain dokumen penting kelahirannya hilang.
“Kalau tanya petua untuk usia panjang, saya ada petua khusus iaitu kuat makan ulam pegaga dan mengkudu serta minum kopi ‘O’ tanpa tapis sejak muda,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Abdullah Hassan, di sini, semalam.
Saadiah mempunyai tujuh anak, tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia ketika masih kecil manakala anak sulungnya, Mat Salleh meninggal dunia ketika berusia 85 tahun.
Walaupun sudah berusia, tetapi dia tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung seperti kebanyakan warga emas lain.
“Saya cuma lenguh kaki dan sakit pinggang. Tetapi, kalau hendak cari orang tua macam saya di kampung ini memang sudah tidak ada.
“Sekarang mahu cari usia lebih 60 tahun pun susah,” katanya yang mempunyai lebih 30 cucu, lebih 30 cicit dan 15 piut.
Selain mengamalkan ulam pegaga dan kopi ‘O’, dia juga kurang mengambil makanan berminyak selain tidak berdendam dengan sesiapa menyebabkan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.
Anak bongsu Saadiah, Aishah Salleh, 67, berkata, usia sebenar ibunya ialah 107 tahun.
“Saya dilahirkan ketika ibu berusia 40 tahun manakala bapa Salleh Mat Saman meninggal dunia ketika berusia 70-an.
“Kami sekeluarga sering makan ulam kerana tinggal di kampung dan kebanyakannya berusia panjang.
“Ibu pula memang tidak lepas kalau ada ulam pegaga dan selalu bangun jam 2 pagi untuk minum kopi ‘O’,” katanya.
Menurutnya, ibunya juga tidak pernah bergaduh dengan sesiapa menyebabkan kehidupannya tenang.
sumber: Blog, Macam Macam Ada
Suara Pakatan Rakyat Sabah
Prihatan rakyat/masyarakat
Prihatan pembangunan
Prihatan terhadap jenayah/siber
Prihatan terhadap gejala rasuah,
Prihatan jenayah kolar putih.
PERHATIAN : Pemilik Blog Tidak Bertanggungjawab dengan sebarang komen atau ulasan yang dihantar oleh pembaca.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan