Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Rabu, 23 Julai 2014

DR WAN AZIZAH MB BARU SELANGOR MULAI JULAI 2014

Suara Rakyat Suara Keramat
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL DILANTIK MENTERI BESAR (MB) SELANGOR YANG BAHARU MENGGANTIKAN TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM – PARTI KEADILAN RAKYAT Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor. Kerusi panas Abdul Khalid itu bakal digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pengumuman itu dilakukan suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi. “Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor…kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. “Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah,” katanya. Pada Isnin, drama komplot untuk menjatuhkan Abdul Khalid semakin serius apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor itu. Mesyuarat yang bermula tepat pukul 10 malam ini dihadiri majoriti ahli MPP termasuk Dr Wan Azizah serta Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Bagaimanun kelibat Abdul Khalid yang juga ahli MPP tidak kelihatan pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat malam ini dilihat penting kepada PKR dalam menetapkan pendirian parti itu mengenai masa depan Abdul Khalid sebelum sebarang keputusan mengenainya dibentangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Pada pukul 11.25 malam, Dr Wan Azizah dilihat meninggalkan mesyuarat dan bangunan ibu pejabat parti itu. – mstar.com.my Sumber-Illustrasiku.com Suara Pakatan Rakyat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan