Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Jumaat, 24 April 2015

PENIPUAN DAN PENGHAMBAAN WANG KEPADA RAKYAT?

Suara Rakyat Suara Keramat
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Asalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh kepada semua dan selamat Hari Merdeka ke 58 atok ucapkan... hari ini 31hb. Ogos 2015..... atikal ini sangat panjang dan terpaksa dibuat kerana atok bimbang kamu kena tipu sampai mati... lepas tu anak kamu... lepas tu cucu kamu... lepas tu cicit kamu.... sampai hari kiamat nanti. Sebab itu atikal ini diselitkan dan diberi ruang terlebih dahulu kerana dirasakan ia sangat penting untuk umat Islam umumnya, malahan untuk semua genarasi baru diseluruh dunia. Baca atikal ini hingga habis, dan kamu akan tahu mengapa dan kenapa atikal ini penting ? Adakah “Hari Merdeka” ini membawa erti2 dalam hidup saudara dan saudari semua ? Merdeka sebenarnya membawa banyak pengertian dalam hidup seorang insan, terutama sebagai seorang Islam. Kepada seorang pejuang atau askar, mungkin dia beranggapan erti merdeka adalah terlepas dari tangan penjajahan, kebebasan hidup atau boleh menjalani hidup yang bebas. Kepada seorang politikus pula, ia beranggapan bahawa merdeka dan bebas dari tangan penjajah dan boleh mentadbir negaranya sendiri secara demokerasi. Ini dari aspek jasmani kemerdekaan sahaja. Dari aspek kerohanian pula, seseorang Islam ahli abadah beranggapan bahawa erti merdeka sebenar adalah apabila dirinya (rohani dan jasani) terbebas dari cengkaman keduniaan dan tidak diserti oleh Jin, Saka atau Qarin dan Syaitan Iblis, serta rohnya bebas terbang mengadap kehadrat Allah dialam Lahut dalam setiap ibadahnya dan kerjabuatnya setiap saat dan waktu berlandaskan wasilah dan rabitah yang padanya menurut ilmu dan amalnya.. Kemudian kepada orang awam yang tidak betul2 faham atau tidak mahu peduli... ikut2 saja cakap orang2 lain... macam lembu dicucuk hidung tak tahu apa yang dia cari dalam hidupnya.... tiada tujuan dan matalamat hidup. Sesetengahnya yang hanya belajar agama sebagai ikut-ikut, pak turut dan kemudian berbangga, kononnya telah merdeka. Padahal ia didalam kesesatan yang nyata serta akan mati sesat dalam pencarian kemerdekaan hakiki... inilah kisah pencarian dan perjuangan kepada ke Merdekaan Hakiki. Banyak yang telah terkorban, mati dalam kesesatan nyata yang tidak boleh berpatah balik lagi. Yang Atok nak cerita hari ini ialah apa yang berlaku setelah Merdeka ?. Adakah Malaysia dan rakyatnya benar2 Merdeka seperti yg Perdana Menteri dan semua orang cakap tu ? Jika menurut pengalaman atok yg hidup sebelum Merdeka (akhir 30’an), sewaktu Merdeka (1957) dan didalam ke Merdeka an (sekarang ini) banyak yang telah atok lihat dan rasa. Menurut pendapat atok, Malaysia masih terjajah dalam banyak bentuk. Terjajah pemikirannya, terjajah sistem pemerintahannya, sistem Kewangannya, terjajah kebudayaanya, terjajah bahasanya, terjajah atas banyak sistem pentadbiran seperti badan2 kerajaan, polis, askar, hospital dan termasuklah syarikat koprat dan kongomerat milik Kerajaan dan swasta yg sedia ada... semuanya terjajah. Sistem persekolahannya, bahasa percakapannya, bahasa penulisannya juga turut terjajah sama hingga kehari ini. Hari ini terlalu ramai orang2 di Malaysia yg dah tak tahu cakap bahasa melayu, malah menghina orang yang tak tahu berbahasa Inggeris (bahasa penjajah). Dari Pemimpin2 Politiknya, Pegawai2 Kerajaannya, Pensyarah2 Universitinya, Kakitangan2 Kerajaan dan swasta, Pengarah2 Syarikat, Pengarah badan2 Koprat, Pelakon2 filem, Penyanyi dan Artis2, Pengacara2 TV dan Radio malahan orang2 awam dan orang2 kebiasaan ini pun dah banyak lupa nak bercakap dalam bahasa Melayu yang betul dan bangga berbahasa Inggeris. Lihatlah dalam TV apabila mereka ditanya... tongang langang bahasa melayu mereka paling teruk sekali... Inilah yang dinamakan “penjajahan” yang tetap kekal disanubari rakyat Malaysia, walaupun setelah 57 tahun merdeka.. Kemudian bertolak dari itu, dengan senyap2 rakyat Malaysia semua dijajah oleh sistem Kewangan sendiri, penipuan, penjajahan dan penghambaan yang paling dahsyat dalam sejarah kemanusiaan didunia ini. Mungkin hanya segelintir yang sedar dan benar2 faham akan pekara ini, tetapi atok pasti mejoritinya tak sedar dan tak faham akan konsep penjajahan kewangan yang kerajaan kamu buat pada kamu ?.... Betul tak ??? Ini berlaku bukan hanya di Malaysia saja, malahan seluruh dunia. Mereka yang mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan inilah yang kaya, yang jadi tuan dan jadi “Raja” tampa menonjolkan diri mereka. Sedangkan kita semua dan seluruh negara didunia telah diperhambaakan oleh mereka. Hanya segelintir manusia didunia ini yang sedar dan faham akan pekara ini. Atok jalankan kempen ini supaya kamu sedar dan dapat melihat penipuan yang telah mereka buat secara senyap dan setelah 100 tahun barulah penipuan ini dapat dikesan dan dibongker oleh orang-orang mereka (Amerika) sendiri yang kemudiannya berkempen keseluruh dunia, memperjelas akan kebodohan kita dan perhambaan era baru yang telah mereka kenakan kepada manusia seluruh dunia. Sebenarnya kita berhidmat untuk mereka, jenarasi demi jenarasi hinggalah sestem kewangan mereka (USA) itu akan jatuh dengan sendirinya, barulah ia akan terpadam dan tamat. Persoalannya ....bila ??? Hari ini, sempena menyambut keMerdekaan Malaysia ke 57... atok akan membuka satu kisah penjajahan, kekejaman dan perhambaan yang terburuk dalam sejarah kemanusiaan di Malaysia khususnya diseluruh dunia amnya. Penjajahan ini lebih teruk dari dijajah Protugis, lebih teruk dijajah Belanda, lebih teruk dijajah Inggeris, lebih teruk dijajah Jepon dan lebih teruk dari kekejaman kominis... kerana yang membuatnya itu adalah orang-orang yang kamu pilih sendiri, orang2 yang kamu undi sendiri, orang-orang yang bercakap sangat lembut dan berbibir merah menghembur kata-kata bak menanam tebu ditepi bibir, berpelajaran tinggi yang berkata semasa kempen pilihan raya dahulu bahawa dia akan membawa “kemerdekaan hakiki” kepada rakyat Malaysia. Semua bertepok tangan, bersorak gembira dgn merasa bangga kerana mendapat seorang pemimpin yg berjiwa rakyat dan memahami kehendak serta impian rakyat semua.... itu semua haprak... itu semua penipuan... itu semua nak menghambakan kamu sebenarnya ? Sesetengah dikalangan Politikus itu sendiri pun tidak tahu dan tidak faham bahawa mereka juga telah ditipu dan dihambakan. Selepas krisis kewangan yang melanda dunia beberapa kali... atok mula terfikir mesti ada yg tak kena dengan sistem kewangan dunia ini, maka atok telah mulakan pengkajian atok sendiri kerana ingin tahu serta memahami akan masaalah sebenar dan senerionya. Jadi atok mula mencari buku2 ekonomi, masuk ke Perpustakaan didalam negeri dan luar negera sejak tahun 2007 lagi. Kemudian dengan kemudahan internet ini, atok dapat banyak maklumat berkenaan dengannya dan mula mentelaah setiap satunya hinggalah atok benar2 faham. Ada juga kalanya atok bertanya kepada kawan2 di BNM, di Kementarian Kewangan kemudian diBank2 swasta. Memang benar apa yg atok sangka dan muskilkan. Semuanya terjawab dan itulah sebabnya kenapa atok tulis rencana ini semata2 bertujuan supaya kamu semua menjadi rakyat yg celek dan ada ilmu. Tahu tak kamu bahawa Sistem Kewangan sedia ada ini telah menjadikan kamu hamba abdi sehingga akhir hayat kamu kemudian disambung oleh anak, cucu, cicit... ratusan jenarasi sesudah kamu akan datang hingga hari kiamat??? Bukan itu saja.. malahan hidup rakyat Malaysia seluruhnya bergelumang dengan RIBA saban hari hingga hari kiamat ??? BAGAIMANA!!! ... TERKEJUT TAK KAMU SEMUA ???? ok.... tak percaya.... atok akan buktikan..... Pertama kita kena tahu apakah matawang dan wang, kemudian kita kena tahu sedikit sebanyak berkenaan ekonomi dunia dan kita juga kena singkap sejarah kewangan dunia, terutama Amarika Syarikat kerana disinilah segalanya bermula... kemudian baru kita tengok di Malaysia pula sesudah itu. Tahu tak kamu beza diantara Matawang dan Wang ??? Oleh kerana sesetengahnya tak faham cakap melayu kerana masih dijajah..ok dalam bahasa inggeris nya ialah “Currency” and “Money” ??? tahu bezakan tak ??? Matawang atau currancy adalah “satu betuk wang yang digunakan oleh sesebuah negara yang dikeluarkan oleh kerajaan negara itu dan diistiharkan bagi kegunaan seluruh dunia” seperti contohnya matawang Peso untuk negara Filipina, matawang Rupiah untuk negara Indonesia, matawang Pound untuk negara England dll. Manakala wang atau money ataupun duit itu pula ialah “satu bentuk alat pertukaran dengan nilainya boleh ditukarkan secara terus dan mempunyai nilai hakiki”. Kemudian setelah itu timbul pula apa yang dikatakan sebagai “wang fiat” atau wang kertas “yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dan tertakluk kepada peraturan atau akta negara2 tersebut yang dijanjikan (guarantee) akan sah nilainya oleh kerajaan tersebut”. Kalau di atas wang kertas Malaysia (sekarang dalam bentuk plastik polymer), tertulis kata2 “WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”. Wang bentuk kertas ini sebenarnya tiada nilai hakiki kerana tidak lagi berlandaskan atau bersandarkan emas (Back by Gold) seperti dahulu (sebelum 1971). Ia hanya “janji” atau “guarintee” dari kerajaan sahaja tidak lebih dari itu. Setelah itu ada lagi satu bentuk “wang” magik tampa kertas, polymer, tembaga dan besi. Yang ada “hanyalah nombor2 dalam komputer2 didalam bank2 swasta” siap dengan mesen ATM sekali .. iaitu dalam bentuk akaun simpanan atau akaun kridit atau hutang2. Dengan penggunaan wang kad plastik, yang bermaksud sebenarnya kamu langsung tak gunakan wang hakiki atau wang fiat.... sebaliknya menggunakan wang alam maya yg tak berbentuk tetapi bernombor... yang magiknya ialah apabila disuruh keluarkan duit.... pandai pulak dia keluarkan wang fiat atau duit tunai tu ??? pandai betul bank ni guna magik... dia belajar dengan Firaun kot atau dia membela jin atau toyol kot ??? gurau saja... Satu lagi keburukan wang kertas yang tiada nilai hakiki ini bila-bila masa saja boleh dinyah nilainya atau dihapuskan oleh Kerajaan. Di Malaysia pada tahun 1999 kerajaan telah menghapuskan penggunaan wang kertas RM 1000 dan RM 500, masih tak kamu ingat pekara ini ? Tindakan itu difikirkan wajar kerana PM nak menyelamatkan nilai matawang RM yang diserang oleh penyangak matawang...kononnya la ! Dan setelah masaalah itu berlalu... siapa yang lebih besar punya penyangak ??? Tiada bezanya dia dengan Soros tu pun... sama 2x5 saja. Kemudian sekali lagi berlaku apabila pada tahun 2005 wang siling RM 1 pula dimansuhkan. Konon dikatakan ada mamat dah ciplak duit singgit ni ??? Tahu pulak dia marah, sampai dihapuskannya duit singgit tu ??? Tapi kalau dia yang buat tak mengapa. Betul-betul haprak punya Bank ??? Cuba fikir... jika anda seorang yang kaya raya dan mempunyai “safe deposit” sediri dan menyimpan RM sebanyak 5 billion (katakan) didalamnya.... Disatu masa anda mengeluarkan wang itu untuk membeli sebidang tanah yang luas untuk ladang baru anda. Tiba-tiba penjual tidak mahu menerima wang anda yang dikatakan sebagai wang yang telah tamat tempoh (telah dimansuhkan kegunaannya)... bagaimana perasaan anda ??? Untuk bercakap soal kewangan, maka kenalah kita tahu sejarah. Sejarah bagaimana manusia bertukar dari sistem tukar barang kepada sistem matawang. Kemudian disuatu zaman silam bagaimana manusia menjadikan kulit2 siput, manik2, batu2 permata, tembika2, alat2 senjata, gandum, barli, kurma dan garam sebagai matawang. Sebab itu ahli2 akialogi menemukan benda2 ini didalam kota2 zaman silam yg telah pupus ribuan tahun lampau sebab itulah benda yg djadikan matawang pertukaran. Kemudian didalam hadis2 Nabi saw juga menjelaskan kegunaan kurma sebagai matawang pertukaran kemudian Rasulullah saw menempa emas dan perak sebagai matawang kerajaan Islam pertama yang menggunakan dinar dan dirham menggantikan keadah penggunaan kurma setelah menang beberapa peperangan iaitu dari harta rampasan perang dari emas dan perak dijadikan matawang oleh perbandaharaan kerajaannya atau Baitulmal. Masih ingat dengan riwayat yg difirmankan Allah didalam al-Quran berkenaan pemuda Asabul Kahfi. Mereka “dimatikan” Allah didalam gua selama 300 tahun dan setelah sedar, dua orang diantara mereka keluar kepasar membawa wang perak yg hendak ditukarkan dengan makanan ? Wang itu tidak lagi digunakan kerana telah bertukar Raja pada waktu itu dan ketahuilah mereka bahawa mereka telah “dibawa kehadapan” dalam tidur mereka. Maka kegunaan wang telah ada dimasa zaman Nabi Ibrahim as lagi, iaitu lebih kurang 7000 tahun sebelum Nabi Muhammad saw. lagi. Jika mengikut bangsa Eropah, kegunaan matawang telah ada sejak zaman Firaun atau Nabi Musa as sahaja. Tatapi ia sebanarnya lebih lama dari itu. Pada zaman itu mereka dikatakan menggunakan kepingan logam emas dan perak sebagai pertukaran dengan barang2 makanan. Sejak dari sinilah diperkatakan bahawa emas dan perak sebagai asas kewangan dunia kerana seluruh dunia manusia kenal akan emas dan perak, terutama pada golongan bangsawan dan raja2. Kemudian peggunaan wang kertas pertama didunia ialah pada kurun ke10 iaitu dibawah pemerintahan Dinasti Song China. Ia merupakan sekeping kertas putih yang dicetak dengan gambar2 empat segi panjang berwarna merah. Kerajaan memaksa rakyat menggunakan wang kertas itu dan jika mereka ingkar, mereka akan dipancung kepala mereka. Tetap wang kertas ini tidak digunakan diseluruh dunia kerana tidak diiktiraf. Wang logam global pertama ialah wang perak Spanyol tahun 1821.Juga diguakan di USA. Tetapi pada tahun 1857 US telah mengubal undang2 baru kewangan atau “Coinage Act 1857” yang membatalkan kegunaan wang perak Spanyol itu dan menggantikannya dengan “Coin” mereka sendiri yang telah ditempa pada tahun 1850 dalam logam emas dan perak. Wang coin perak 1 dollar dan wang coin emas 10 dollar yang beratnya 16.7 gm, ukurlilit 26.8mm. Wang coin ini semuanya bersandarkan emas dan perak tulin (berbentuk bullion atau jongkong) yang disimpan oleh Perbendaharaan Negara Amerika (US Tresuary Department) dikala itu. Kemudian pada tahun 1862 Kerajaan Amerika telah memperkenalkan wang fiat atau wang kertas pertama mereka melalui Perbendaharaan Negaranya. Wang kertas ini bernilai 1 dollar bersamaan 1 dollar perak (back by silver). Pada 1913 Kerajaan Amerika Syarikat telah memperkenalkan keguanan wang kertas menyeluruh dengan menubuhkan Bank Pusat dan Federal Reseave, konon bagi “mengawal selia” sistem kewangan dan juga matawangnya. Wang-wang kertas (wang fiat) mereka itu masih lagi mempunyai nilai hakiki kerana mempunyai sandaran emas dan perak. Pada 1928 Kerajaan Amerika Syarikat cetak atau print lagi duit baru (wang fiat atau wang kertas) melalui Fedral Reserve (Rezeb Negara US). Wang kertas ini maseh lagi mempunyai nilai hakiki kerana bersandarkan emas dan perak, iaitu setiap 1oz emas = 22 USD. Ini bererti jika kamu pegang wang kertas 220USD boleh ditukarkan atau ditebus dengan emas seberat 10oz di Federal Reserve. Ini kerana perkataan “Boleh ditebus dengan emas di Federal Reserve” atau juga mereka panggil dengan singkatan nama Fed. Setelah itu, pada tahun 1934, wang kertas baru atau mereka panggil “USD Note” telah dicetak. Kali ini mereka telah mengubah perkataan yang tertulis disitu dengan hanya menulis “Gurantee by Federal Reserve” (ianya panjang, atok singkatkan) sahaja. Ini bererti wang fiat atau wang kertas itu tidak punya sandaran emas dan perak lagi. Malahan ianya tidak boleh ditukar atau ditebus dengan emas atau perak seperti dahulu. Maka disinilah bermulanya pertukaran dari wang yang punya nilai hakiki kerana bersandarkan emas dan perak, bertukar kepada tiada nilai hakiki kerana tiada sandaran emas dan perak. Ianya hanya bersandarkan “JANJI” atau “gurantee” dari Jabatan Rezeb Negaranya atau Fed sahaja. Dirasakan juga Fed telah diswastakan pada waktu yang sama. Pengswastaan ini tidak diumumkan dan dirahsiakan hinggalah sekarang. Masyarakat di US sendiri pun tidak mengatahui akan pekara ini, tetapi melalui beberapa pembocoran maklumat (selepas krisis kewangan) akhirnya rakyat Amerika tahu dan sangat marah. Mereka mengadakan bantahan dan demostarasi jalanan diseluruh bandar di Amerika. Mereka marah kerana manakan mungkin sebuah jabatan kerajaan diswastakan, yang membawa akibat membebankan dan memperhambakan rakyat US sendiri. Jabatan itu seharusnya milik kerajaan pusat sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang perseorangan atau syarikat-syarikat swasta contohnya Bank. Perpindahan pegangan saham didalam FED menjadikan pihak berkepentingan itu akan mengaut keuntungan semaxsima mungkin tampa mempeduli nasib dan hak-hak rakyat. Itulah sebabnya mereka memberontak hinggalah kehari ini, meminta didedahkan siapakah pemilik sebenar FED dan FED dibubarkan sahaja, Pada tahun 1944 iaitu apabila Perang Dunia hampir tamat, Kerajaan Amerika telah memanggil negara-negara sekutunya untuk bersidang disebuah bandar bernama Bretton Wood atau lebih dikenali sebagai “Bretton Wood Confrance 1944”. Persidangan ini adalah untuk menentukan dan mengubal undang-undang bagi penggunaan wang Dollar Amerika atau USD sebagai matawang pertukaran untuk seluruh dunia. Ini bermaksud bahawa USD juga dibuat sebagai sandaran bagi matawang negara-negara tersebut, termasuklah Malaya kerana Malaya adalah dibawah jajahan British yang menjadi penyokong kuat Amerika dikala itu. Malaya atau Tanah Melayu dengan secara senyap telah ditipu dan dihambakan lagi walaupun telah diberi kemerdekaan oleh British pada 1957. Begitulah liciknya orang putih terhadap kita, yang walaupun telah ada pemimpin sendiri tetapi tak boleh diharap langsung rupa-rupanya. Mereka sebenarnya tahu akan pekara ini,,, tetapi oleh kerana tidak mahu hilang kuasa dan tak tahu macam mana nak ubah sistem kewangan sedia ada itu ??? Ia satu masaalah yang sangat komplex. Perdana Menteri Malaysia Dr. M dulu pernah nak cuba mengubahnya... mana dia... haram...senyap macam tikus lepas kena amaran dgn Amerika. Hari itu Mr. Obama datang sebab apa ??? sebab takut Malaysia berpakat dengan China nak ubah sistem kewangan inilah... china sebuah kuasa besar dunia dan punya banyak emas simpanan (lebih kurang 198 juta Metric Tons tetapi yang didaftarkan hanya sekitar beberapa ratus ribu MT saja). Jika dia menukar sistem kewangannya dan membuat wangnya disandarkan dengan emas itu... apa akan jadi dengan Amerika dan USD nya.. ia akan jadi macam “Tolet Peper” saja selepas itu. Kenyataan ini pernah dikatakan oleh Tun Dr. M sendiri. Amerika akan menjunam jatuh masuk kelaut semuanya. China perlukan Malaysia sebab Malaysia sangat pakar dalam bab duit emas dan dipercayai dalam bab rundingan. Sebab itu Menteri Kewangannya selalu melawat Malaysia... Kita lihat nanti apa yang akan terjadi..... Sambung semula bab sejarah tadi Dikala itu Malaya (Malaysia sekarang) sedang berperang dengan Jepun dan kemudian dengan Party Kominis Malaya, sedangkan British yang menjajah Malaya telah bersengkokol dengan Amerika Syarikat mengubal undang-undang dunia berkenaan Kewangan Global, tampa seorang pun rakyat, hata mahu pun Pemimpin Melayu dikala itu yang tahu akan pekara ini. Orang-orang Melayu hanya tahu berperang untuk mempertahankan Negara saja. Itu pun tolong British lawan Jepon dan lawan Kominis. Mereka jadi tuan kepada Melayu. Mereka sedut emas dan perak kemudian hantar pulang ke London, konon untuk cetak matawang Malaya “Malay Settelment”. Raja-raja dan Pemimpin-pemimpin Melayu, angok-angok saja konon faham, atau buat-buat faham, walhal tak tahu sepatah haram pun. Kamu nampak tak “bodohnya” melayu-melayu itu sekarang ??? Belajar saja tinggi... tapi bodoh lagi ??? Kita harapkan dia... dia (enjoy2) rupa-rupanya, bukannya pergi belajar ke london ??? Lepas tu belagak sakan.... Kita mati-matian berperang untuk mempertahankan maruah, agama, bangsa dan tanah air, supaya dia balik nanti boleh tadbir negara sendiri.... Ya! memang terlaksana sebahagian... tapi kita telah masuk kedalam lubang arnab (pepatah orang Inggeris) yang sangat dalam iaitu PERHAMBAAN ABADI...ini kah balasan yang kami terima ??? ini kah yang dikatakan Merdeka ??? Lihat ya, melalui perjanjian di Bretton Wood itulah segalanya bermula apabila semua negara iaitu 44 buah negara-negara besar dunia dikala itu telah bersetuju menggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat (USD) sebagai sandaran asalkan ia berjanji “Guarantee” bahawa matawangnya itu disandarkan dengan emas iaitu 1oz emas = 35USD. Nilai ini sengaja diturunkan sedangkan negaranya telah kaya kerana sebelumnya menilai 1oz emas = 22 USD. Kemudiannya mereka memansuhkan penggunaan emas, bererti rezeb emas mereka sangat banyak di Pebendaharaan (perak dah dihilangkan waktu ini kerana ia telah jatuh harga dan ia dianggap lemah). Kerajaan Amerika telah berjanji dan persetujuan kerana mereka boleh tunjuk bahawa mereka ada emas yang sangat banyak di Perbandahraan dan persetujuan pun telah dicapai kerana semua yakin bahawa Dollar mampu disokong oleh emasnya. Untuk mengukuhkan sestem baru ini maka tertubuhlah IMF (International Monetary Fund) dan World Bank Federation (WBF) sebagai badan yang mengawal selia sestem kewangan global, pinjaman rezeb Negara-negara didunia dan kawalan pindahan matawang hinggalah kehari ini. Semenjak dari tarikh inilah matawang USD menjadi alat pertukaran global bagi perniagaan diseluruh dunia. Tetapi langit tak selalu cerah.... janji hanya tinggal janji.. terutama dengan penipu seperti Amerika. Apabila Amerika melibatkan diri (sengaja melibatkan dirinya) dalam Perang Viatnam bermula pada tahun 1955 hingga tahun 1975 (20 tahun) dan dia kalah. Oleh kerana “Perang” yang direkanya itu, dia pun mengambil kesempatan untuk memansuhkan perjanjian di Bretton Wood iaitu menambat dollar dengan emas. Inilah tujuan sebenar mengapa terjadinya Perang Viatnam. Semasa era Perang Viatnam ini, Prancis dan Swetzerland telah bertindak memulangkan semua matawang dollar Amerika dan menukarkan dengan emas semula. Hanya dua negara ini saja yang sempat berbuat demikian kerana dengan kesedaran bahawa jika semua negara angota Perjanjian Bretton Wood berbuat demikian, negara Amerika akan bungkrup (muflis), Presiden Nixson telah memperkenalkan satu yang sangat mengejutkan dunia semua pada tahun 1971 yang dikenali sebagai “Nixson Shock” iaitu menjadikan USD sebagai “barang” yang boleh diniagakan” atau “trade comodity” didalam pasaran yang dinamakan “Forex” sebagai “Legal Tender”. Maka disinilah datangnya “RIBA” dalam jualbeli matawang pada Hukum Syarak dalam Islam.. Matawang adalah merupakan alat pertukaran. Jika dijadikan barang jualan... berapa nak dinilaikan kepada 1 USD ?? (sebagai contoh) Sekarang 1 USD = RM 3.12... ia sangat jauh bezanya, maka lebihan itulah yang dianggap “RIBA” yang haram didalam Islam. Nabi saw pernah menegur Bilal bin Rabah ra iaitu sahabatnya itu apabila pada suatu hari Bilal telah menghidangkan segenggam kurma yang sangat baik, Maka ditanya oleh Rasulullah saw, darimana dia memperolehi kurma yang baik itu. Bilal menjawab bahawa dia telah menukarkan segenggam kurma yang baik itu dengan dua genggam kurma yang buruk. Maka Rasulullah berkata iaitu perbuatan Riba dan haram, maka Bilal pun pergi semula kepasar dan mencari peniaga itu dan memulangkan semula kurma yang baik itu kepadanya. Diwaktu yang lain pula, seorang sahabat bertanya Rasulullah saw berkenaan pertukaran yang dibuatnya iaitu menukarkan 2 ekor unta jantan dengan 1 ekor unta betina, maka jawab Rasulullah saw... ianya HALAL. Persoalannya mengapa ??? Sebab, kurma diwaktu itu dikira sebagai matawang, sedangkan unta bukannya mataang. Kiraan dalam Islam, jika emas ditukar dengan emas yang sama beratnya, perak ditukar dengan perak yang sama beratnya, gandum ditukar dengan gandum, barli dengan barli dan kurma juga hanya boleh ditukar dengan kurma yang sama berat (sukatannya) dan mutunya. Matawang hanya boleh ditukar dengan matawang dengan nilai yang sama. Jadi perbuatan Bilal tadi adalah melibatkan Riba dan haram hukumnya. Persoalannya pada kita dihari ini, adakah kita juga terlibat dengan Riba pada wang kertas yang kita gunakan itu ??? Jawapannya Ya...Ya...Ya !!! Lihat ya... pertama tadi apabila Ringgit diniagakan dalam pasaran Forex.. maka ia haram kerana meibatkan riba. Sekarang ia telah diapongkan dan tidak lagi diniagakan didalam forex. Tetapi sedar tak kamu semua bahawa untuk mencetak wang polimer RM 1 kosnya dibawah 10 sen, jadi apa dah jadi dengan lebihan 90 sen tu ??? Lebihan ini atau dipanggl “Sergoniagore” (inilah RIBA) telah di kebas oleh BNM. Sekarang bagaimana dengan wang RM 100 ? Berapa lebihannya ? Lebihannya ialah RM 99.90... (kerana setiap ringgit tak kira note berapa pun kosnya adalah sama iaitu tak lebih dari 10 sen saja) wah..wah..wah ! dalam terang2 dia kebas duit kita... kalau orang rompak bank... marah...tembak.! Kalau BNM dan Bank-bank swasta rompak kamu... kamu nak marah ??? Kamu senyum, melompat-lompat gembira, bertepok tanggan, menyanyi lagi lagu Sudirman... sambil terpekek melolong... Merdeka ! Merdeka ! dan mengibarkan bendera yang ala-ala US punya bendera ??? Seorang cucu datang tanya atok ... kenapa bendera kita sama macam bendera Amerika tok ??? atok jawab : sebab pemimpin kita b..o..d..o..h... malaslah nak cakap.. buat sakit hati je ??? Nah ! bagaimana ? terbukti tak sekarang... kita terlibat dengan Riba. Ingat... Hukum memberi dan menerima Riba adalah sama iaitu masuk dalam Neraka Jahanam dan kekal didalamnya dalam keadaan gila. Sila rujuk surah al-Baqarah ayat 275. Hanya orang bijak saja yang boleh lepas dari fitnah ini ??? Bagaimana ??? Nak atok ajarkan... kena bagi upah kat atok sebagi “consultance fees” ha..ha...ha. Rasanya atok dah ajar bagaimana nak melepaskan diri dari fitnah Riba dalam jawapan komen2 atok dalam blog atok ni. Cuba rujuk dan selak halaman dibelakang. Kemudian anda baca terjemahan al-Quran surah al-Baqarah ayat 278 dan 279. Sekarang setuasinya begini, kamu kerja seharian dengat ikhlas dan jujur supaya mendapat rezeki yang halal bukan ??? Bila dapat gaji setiap bulan.... sudahlah nilai hakikinya tidak ujud lagi, kamu simpan duit dalam bank yang kemudiannya telah “ditukar” kepada nombor-nombor dalam akaun kamu (dah tak ujud kertas atau polimer lagi)... tetapi boleh megik dan dapat duit tunai dengan cucuk duit plastik je ! Tentulah kamu tak keluarkan semua duit kamu tu... jadi kemana duit yg dalam akaun itu pergi (duit kertas dan polimer tadi)... Jawabnya... bank lah guna tampa kebenaran. Guna untuk apa ??? Dia guna untuk berjudi ??? bagaimana... dengan membeli unit saham di pasaran saham yang berdasarkan “fundimental” dan “ Speculation” atau dalam bahasa melayunya ialah “Ramalan”.... sama tak macam tikam nombor ekor ??? Judi... tak ni ??? Kemudian BNM telah menetapkan pecahan simpanan yang boleh diambil adalah 90% manakala hanya 10% tunai saja yang disimpan dalam akuan anda pada hakikatnya. 90% dari wang anda itu bank gunakan dengan berbagai jenis perniagaan seperti pasaran saham, pelaburan perniagaan matawang (forex), memberi pinjaman dengan feadah (bunga) dll. Kebanyakkannya adalah bersangkutan dengan riba, judi, tipu dan rompak. Asturfirullahhalazim....dua kali kita dah tekena ni ? satu Riba dan satu lagi Judi.... ada lagi. Dengan duit kamu itu juga Bank bagi “pinjaman” kepada orang-orang yang suka meminjam untuk berniaga dan berlagak dengan kridit kad dia.... nah terlibat tak dengan “interest” atau bunga... ini apa ni?? Ini Riba kedua lah cucu sayang oi !... Jadi Riba I, Judi dan Riba II sekarang telah masuk dalam kocek kamu. Satu lagi di BNM tadi apabila dia dapat “mengebas” lebihan atau Sergoniagore dari kamu tadi, dia bagi pada kerajaan iaitu Kementerian Kewangan untuk urus. Kementerian Kewangan (MOF) pun dengan bongkak dan berhidung belang sangat tinggi, mengeluarkan arahan kepada Jabatan-jabatan melalui “Perbantangan Belanjawan” atau “Budjet” membahagi2 harta rampasan titik peluh rakyat (duit rompak I) tadi kepada tender2 terbuka, tender2 tertutup, tender2 terus bagi pada kuncu-kuncu kaki bodek dan tender-tender penutup mulut, dan tak ketinggalan kepada pekerja-pekerja kerajaan, guru-guru, ahli perang, ahli panjat, ahli tengkap, ahli silap mata, ahli cakap banyak, badut-badut dan semua rakyat seklian dengan apa ?? dengan duit rompak?? Kemudian datang....Bram..Brim..Brum... (duit rompak II) naik motor masuk kekampung-kampung nak agih-agihkan duit rompak. Dari duit apa ??? dari hasil apa ???... Hai... itu pun tak cukup lagi... kamu diwajbkan bayar cukai... itu tanggungjawab kamu kepada kerajaan. Kalau dalam Islam, zakat cuma 2.5% je... ni kena bayar sampai 28% ni.. banyak ni ??? Tak apa lah, kan kita tolong kerajaan kita. Bagaimana dengan “lebihan” ini ??? (duit rompak III) tak kah ini juga riba dan hasil rampasan titik peluh rakyat yang tak dibenarkan syarak ??? Ini duit rompak ni ???. Jadi berapa kali sudah kamu terkena... dah 6 kali bro...ya dah 6 kali kamu kena tipu, kena rompak...itu pun tak faham ? Belum cerita lagi pasal insuran (menjual janji atau angin saja pada sesuatu yang belum terjadi dan kabanyakkannya tak jadi pun). Beli kereta kena ada insuran. Tak ada insuran (riba), tak dapat road tex (cukai lagi). Tak ada semua ni... tak boleh dapat pinjaman (finance) – riba lagi... Jadi pada kereta tuan-tuan tu saja dah 3 kali kena tipu. Campur diatas tadi dah jadi 9 kali kena tipu. Sama juga halnya jika beli rumah... rumah mampu milik lah konon dan macam-macam skim...itu ini...semuanya jerat kamu dalam hutang... hutang... hutang. Tahu apa Bank-bank dapat dengan hutang-hutang kamu tu??... dia dapat duit...kamu dapat beban. Dahlah berniaga pakai duit kamu... bila kamu pinjam “duit dia”... dia kenakan bunga. Kemudian tak ada pun duit hakiki... yg ada ‘duit alam maya’ dengan buku cek atau kad plastik... tahu tak bagaimana duit magik ini ujud ? Mudah saja semudah A B C. Mula-mula dia bagi pinjaman, dia cuma taip dalam komputer bahawa kamu sudah masuk perangkap hutang nya. Kemudian dia ujudkan akaun kridit kamu dengan hanya menaip dalam komputer nombor-nombor. Dia bekalkan kamu dengan buku cek yang juga berbentuk ‘janji bayar’ (hutang lah tu) bila kamu buat apa-apa bayaran nanti. Atau kamu diberi kad plastik untuk cucuk di ATM (Automatic Transaction Machine). Semua bentuk makanisma ini sebenarnya adalah untuk mengikat kamu kepada satu bentuk “perhambaan” dan jika kamu gagal membayar hutang termasuk bunga yang sebenarnya berasal dari duit-duit pendeposit (penyimpan atau kamu sendiri) – dimasukkan kedalam Bank – kemudian bank guna tampa kebenaran tuan punya duit itu dan bagi pinjam kepada orang lain... seolah-olah macam duit dia sendiri. Sebenarnya Bank tu berniaga pakai duit anda... bukan duit dia. Tapi siapa yang terkena riba, beban hutang dan kena tipu ???...pendeposit... kamu la tu ??? Tuan punya bank dan kuncu-kuncu kaya raya, hidup mewah, megah dihalayak ramai, kerajaan bangga atas kebijaksanaannya “menipu” rakyat yang dungu dan dianugrah pingat dengan gelaran Tan Sri... Datuk Sri... Kamu sebagai rakyat... setengah mati berkerja untuk bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang insuran, hutang PTPTN anak-anak, hutang kedai runcit, hutang itu... hutang ini dan melambak2 kad kridit dan bil-bil rumah yang belum dijelaskan saban bulan... begitulah hidup kamu sampai kamu mati... diperhambakan bank dan kerajaan yang zalim dengan berbagai jenis hutang-hutang baru, pinjaman- pinjaman jenis baru telah dilancarkan. Kerana bila banyak hutang... banyaklah duit boleh diujudkan. Tak cukup dengan itu... bila masuk kubur kena bantai bertubi-tubi oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir sebab tiba-tiba diberitahu kamu terlibat Riba itu... Riba ini... Tipu itu... tipu ini... dosa itu dan dosa ini... kerana terbabit sama dengan fitnah yang mereka buat. Apa macam tuan-tuan dan puan-puan semua.... betul tak apa yang atok cakap ??? Kerajaan pun berbelanja melebihi pendapatan (pernah dengar tak perkataan ini?) atau dipanggil dengan istilah ekonomi ‘deficit’ Kemudian Tresuary atau Perbendarhan Negara melalui BNM pula mengeluarkan ‘sukuk’ atau ‘bond’ dengan kelulusan Kementarian Kewangan. Dia suruh syarikat swasta yang kaya atau Bank ambil sukuk ini. Tahu tak apa bendanya sukuk tu ?? Sukuk atau bond adalah sekeping kertas akur janji yang sangat cantik lukisannya dengan beberapa nombor diatas dengan perkataan yang membawa maksud “Sekarang aku hutang kamu 1 billion ringgit malaysia dan aku akan bayar kamu 5 tahun akan datang dengan bunga sebanyak 5% setahun”. Dengan deposit wang sebanyak 30% dari jumlah bond itu iaitu 300 juta ringgit, maka sukuk atau bond itu menjadi milik Bank A. Bank B yang berminat pula membeli bond itu dengan tawaran sebanyak 200 juta termasuk modal mrnjadi 500juta kepada Bank A. Maka Bank B pula bakal mendapat 500 juta untung bersama bunga 25% iaitu 250juta = 750 juta pada tahun yang berakhir 5 tahun dari tarikh bond itu dikeluarkan. Dia pula mencagarkan bond itu kepada Syarikat Pelaburan Kewangan Antarabangsa berlesen, dengan akurjanji pendapatan sebanyak 34% sebulan. Ini bererti dalam tempoh itu dia bakal mendapat 750juta dari Kerajaan, dia juga telah berjaya mendapat untung (riba kerana mencagarkan kertas saja dah dapat duit) 3.4% (nilai minima dan boleh sampai nilai maxsima 300% sebulan dalam HYIP atau High Yield Investment Programs) iaitu bersamaan 34juta sebulan (dikira dari face value bond) dan jika dalam tempoh 3 tahun bersamaan 12 x 3 = 36 x 34 = 1.224 billion. Jika sampai masa matang bond itu bererti dicampur lagi 750juta = 1.974 billion. Cuba lihat berapa banyak duit yang Bank B telah buat dalam tempoh 5 tahun... hampir 2 x ganda (minima dan 3 trillion ringgit maxsima dengan HYIP) dari nilai sukuk atau bond itu. Yang paling ironik sekali Kerajaan yang hutang telah membebankan kepada pembayar cukai iaitu kamu semua, untuk bayar hutangnya termasuk bunga kepada Bank B tadi ???... sakit hati tak ??? Kamu bayar hutang negara bersama dengan bunga.... alias riba itu sekali ??? Satu lagi cara ialah yang mereka buat ialah apabila BNM terbitkan sukuk atau bond bernilai RM 1 billion sebanyak 3 keping bersamaan RM 3 billion. Bond ini di lelong dan kemudian Syarikat kaya ataupun Bank swasta akan membeli bond dengan nilai yang sama iaitu 3 billion Ringgit. Anda mesti ingat bahawa bond adalah hutang kerajaan yang bakal kamu bayar dan seluruh genarasi anak cucu cicit kamu yang akan turut terlibat menjadi ‘hamba’ membayarnya. Ini samalah ertinya bahawa mereka telah merompak kekayaan kamu bersama anak cucu cicit kamu, iaitu genarasi akan datang. Kemudian Bank yang berjaya didalam lelongan itu tadi, “swap” bond itu untuk mencipta wang. Bagaimana caranya, ia membawa bond itu ke Perbendaharaan Negara yang kemudian akan mengeluarkan sekeping cek (yang sebenarnya tiada nilai dan tiada tunai didalam akaun itu pun hanya janji). Kalau kita keluar cek tampa ada wang yang cukup didalam akaun, maka cek kita itu akan ditendang. Berbeza dengan Perbendaharaan, bila dia tulis cek (yang tiada deposit wang dalam mana-mana akaun), kemudian perbendaharaan akan memberi cek itu kepada Bank dan dengan itu Bank tadi bolehlah mencetak wang. Itulah sebabnya telah banyak pertukaran wang kertas atau polimer dengan cetakkan dan design baru waktu ini setelah lelongan sukuk pada awal tahun ini telah berjaya dibuat. Oleh itu melambaklah kepingan cek-cek “tipu” di Perbandaharaan dan banyaklah wang fiat polimer didalam BNM. Bank itu akan mengambil wang itu dari BNM dan membeli banyak lagi sukuk atau bond yang diterbitkan. Begitulah seterusnya dibuat berkali-kali supaya Kerajaan dapat berbelanja melebihi pendapatan saban tahun. Sebab itu PM sentiasa melancarkan skim pinjaman itu... skim pinjaman ini. Inilah caranya bagaimana wang baru dikeluarkan. Pembohong besar jika dikatakan bahawa Ringgit Malaysia disandarkan dengan emas. Tidak ada emas, yang ada hanyalah “Janji kosong” atau “guarantee” . Faham tak ??? Rezab emas negara hanyalah untuk menkaburi mata orang ramai saja. Ia hanya satu simpanan biasa sebab takut orang ramai marah pada dia nanti kalau kosong. Simpanan ini sama saja jumlahnya sampai kehari ini. Hasil-hasil lain yang Kerajaan kutip dari rakyat ialah simpanan KWSP iaitu wang pencen. Sebenarnya istilah sebenar kepada simpanan ini ialah “Kamu pinjamkan wang gaji kamu kepada Kerajaan”. Kemudian ia digunakan kepada pelaburan didalam berbagai jenis perniagaan samada koperat atau kongomerat seperti MAS atau FGV dll. Itu tak mengapa... masaalahnya apabila pembayaran keuntungan atau feadah yang diberi kepada pencarum (pendeposit) seperti anda hanya dibayar “ciput” saja iaitu lebih kurang 3% hingga 6% sedangkan keuntungannya sebenar tidak diberitahu atau jauh dari itu. Adil tak ?? Ia sama juga dengan Amanah Saham milik Kerajaan. Lihat saja apabila pengumuman keuntungan atau nilai feadah yang diumumkan... 5.7%... 6.4%...6.8%... apa kah maksud nya ??? Maksud sebenar dari nilai serendah itu ialah “Keuntungan yang Dikawal”. Mereka mengawal keuntungan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat yang menyimpan. Itu pun rakyat masih lagi menyimpan dalam banyak jenis amanah saham yang disediakan yang bermaksud “Kamu tak tahu pakai duit, baik kamu simpan disini, nanti aku bagi untung tinggi sikit dari Bank”. Tahu tak kenapa rakyat simpan dalam skim amanah ini ?? sebab “Dijamin oleh Kerajaan”... inilah perkataan yang selalu kedengaran. Wal hal mereka menipu sewaktu pemberian keuntungan. Sepatutnya rakyat mendapat lebih dari apa yang mereka umumkan itu. Cuba lihat nilai jualan unit amanah itu... hanya 0.05 sen seunit atau kurang lagi dari itu.?? Kenapa, sebab dia tak kasi kamu keluarkan semua wang kamu ?? Kalau boleh letak saja disana sampai kamu mati. Ada banyak lagi cara bagaimana Kerajaan mengaut keuntungan dari wang titik peluh kamu yang berkerja separuh mati. Cuba kita lihat apakah yang mesti kamu bayar kepada Kerajaan, Bank Swasta dan kos sara hidup dengan wang gaji kamu setiap bulan atau wang keuntungan perniagaan kamu atau wang pendapatan dari titik peluh kamu sendiri. Cuba lihat senarai dibawah ini : 1. Cukai Pendapatan. 2. Cukai Pintu 3. Cukai Tanah 4. Cukai Perniagaan 5. Cukai Hasil (pelbagai keluaran mengikut jenis spt cukai hasi hutan dll) 6. Cukai Perhidmatan (sekarang GST) 7. Cukai Jalan 8. Cukai Perjalanan (dikenakan semasa nak keluar negara) 9. Simpanan KWSP (suchaj utk perhidmatan simpanan) 10. Primium Tanah (permohonan tanah kerajaan utk pertanian dll) 11. Bil Air 12. Bil Api 13. Bil Rawat Pembentungan 14. Bil Air meter pukal – pangsapuri atau kondominium 15. Bil Api meter pukal – pangsapuri atau kondominium 16. Bil Penyalengaraan – pangsapuri atau kondominium. 17. Bil Kawalan Keselamatan – pangsapuri dan kondominium 18. Yuran pakir kereta – pangsapuri dan kondominium 19. Yuran pengajian tambahan (tusion) anak-anak. 20. Insuran Hayat (Takaful la konon!) 21. Insuran Kereta 22. Insuran Rumah 23. Insuran Perjalanan 24. Insuran Pelajaran (pengajian luar negara) 25. Insuran Kesehatan dan Hospital 26. Insuran SOKSO 27. Pinjaman PTPTN (hampir ‘wajib’ kepada pelajar2 skg) 28. Bunga kad kridit 29. Bunga pinjaman rumah 30. Bunga pinjaman kereta 31. Bunga pinjaman Perniagaan 32. Bunga pinjaman Peribadi 33. Belanja dapur dan makanan 34. Makanan tambahan dan kesihatan 35. Belanja pakaian dan peralatan... serta lain-lain lagi. Sekarang atau satu masa nanti, tidak mustahil Kerajaan akan mewajibkan Zakat-zakat dibayar kepada Kerajaan. Sesetengah dari kamu tidak pernah menyadari akan semua yang telah disenaraikan diatas tadi sebab kamu malas nak kaji, malas nak pening kepala. Mungkin selepas ini baru kamu sedar bahawa kamu sudah terikat dengan satu sistem kewangan yang kejam, memaksa dan diperhambakan. Lihat saja senarai diatas dan kamu pilih sendiri dimana yang telah atau sedang kamu “terkena bayar” itu. Begitulah banyak kalinya kamu terkena dan diperhambakan dari kamu, anak kamu, cucu kamu, cicit kamu dan seterusnya hingga hari kiamat nanti. Tambahan dari itu semua ialah kamu juga telah terjerat dengan dosa Riba dan dosa Penipuan yang akan dibalas didalam kubur dan dialam akhirat kelak.... Adil tak semua ini ??? ini kah yang dinamakan Merdeka ??? Ya.. merdeka buat mereka, tetapi bukan untuk kita. Kenaikkan harga barang dipasaran tidak dapat dibendung oleh Kerajaan. Kerajaan mencipta satu Kementerian iaitu KPDNKK hanya semata-mata untuk “cuba” mengawal dan memaksa peniaga mengikut harga yang telah dihadkan. Tetapi pada hakikatnya harga barang tetap juga naik. Kesilapan ini bukannya datang dari pengeluar, pemborong dan peniaga. Kesilapan ini datangnya dari Kerajaan itu sendiri. Sistem kewangan yang berasaskan Hutang dan Kawalan Kewangan (Monotery funds) BNM itulah penyebabnya. Dengan Hutang yang banyak Bank-bank akan mencetak banyak wang. Wang yang terlalu banyak dipasaran akan menyebabkan “hilangnya kuasa beli” kepada rakyat, inilah yang dipanggil “Inflasi”. Inflasi merupakan “cukai” secara perlahan-lahan dan tidak kelihatan, senyap dan terlindung datangnya dari sistem monotery atau kawalan dari Bank Pusat yang mencipta hutang-hutang, kemudian memberi kebenaran kepada Bank-bank swasta mencetak wang dengan banyak. Sestem ini memberi manafaat dan kuasa kepada ahli politik dan golongan kapatalis yang mencipta matawang tersebut dan merekalah yang mula-mula sekali menerima wang ini kerana merekalah yang dapat membelanjakan wang tersebut buat pertama kalinya sebelum ianya mendatangkan kesan kepada ekonomi negara itu. Mereka sebenarnya telah mencuri kuasa beli yang sepatutnya anda miliki, kemudian dipindahkan kepada Bank-bank swasta. Ini adalah penipuan atau “Fraud”. Ini adalah sistem piramid, ianya adalah “skim Ponzi” dan ia adalah satu komplot atau “scam” rompakan dan penipuan yang di halalkan oleh Kerajaan. Sistem kejam dan zalim inilah yang mencuri kekayaan rakyat yang dipaksa berkerja untuk Kerajaan dan Perbankan itu sendiri. Ianya merupakan penyebab kepada ledakkan dan kejatuhan ekonomi yang diada-adakan yang kemudiannya menjadi pemisah jurang yang sangat ketara diantara golongan yang kaya dan golongan yang berkerja. Ini berlaku disebabkan kita tidak lagi menggunakan wang sebenar, sebaliknya kita hanya menggunakan matawang. Tetapi yang paling terburuk dari itu semua adalah “Penghambaan” dari genarasi ke genarasi hingga hari kiamat. Perkataan Bond berasal dari perkataan “bondage” yang bermaksud pengabdian dan ikatan. Apabila Kerajaan mengeluarkan bond atau sukuk, ia bererti membuat satu akurjanji rakyat untuk membayarnya dimasa akan datang. Pernah tak sesiapa bertanya kepada anda “Adakah kamu membayar cukai pada hari ini untuk nikmat hidup dimasa datuk kamu dulu ??”. Atau tiada seiapa yang pernah bertanya kepada anak-anak kita soalan iaitu: “Adakah mereka sanggup berkerja keras dimasa hadapan untuk membayar kenikmatan hidup dimasa kita sekarang ??”. Itu bermaksud bahawa mereka telah mencuri kekayaan masa hadapan untuk berbelanja diwaktu sekarang. Itu juga menyebabkan kita telah terperangkap masuk kedalam sestem perhambaan mereka dan juga genarasi kita akan datang. Mereka sebenarnya mengambil kesempatan diatas kelemahan, kebodohan, kejujuran rakyat jelata untuk menghidupkan sistem ini. Kelamahan ini pasti boleh diatasi jikalau seluruh rakyat boleh bersatu hati membubarkan sistem kewangan zalim ini dan digantikan dengan satu sistem yang lebih adil dan kukuh. Kita kena lihat semula al-Quran dan Hadis. Didalamnya itu terdapat sudah pengajaran sistem kewangan yang kukuh iaitu matawang yang bersandarkan emas dan perak. Bukanlah bererti dengan hanya menempa logam emas dan perak saja dapat mengubah sistem ini. Sistem kewangan adalah sebuah sistem yang komplex dan bukannya sesuatu yang boleh bertindak bersendirian seperti ujudnya Dinar emas dan Dirham perak Negeri Kelantan itu. Ia tidak mencukupi kerana tidak punya sokongan dan makanisem yang lengkap untuk mereka menjadikan dinar dan dirham itu satu bentuk matawang yang boleh diterima semua bangsa dan agama. Walau bagaimana pun diucapkan “Syabas” kepada mereka kerana sekurang-kurangnya mereka telah mencuba. Begitu juga di Indonesia. Gerakan telah diushakan bagi penggunaan dinar emas dan dirham perak dibeberapa bandar disana. Pada pendapat atok, tidak semistinya dinamakan dinar atau dirham. Mungkin juga mengekalkan nama Ringgit Malaysia atau Rupiah Indonesia tetapi mempunyai sandaran yang kukuh bertaut dengan emas dan perak. Atau saja boleh ditempa emas dan perak melekat pada matawang itu terus dengan nilai hakikinya dapat dilihat sekali gus. Atok pernah melihat seseorang menempa emas menjadi kepingan nipis yang kukuh (seperti kertas tetapi kuat), oleh sebab itu tidak mustahil jika kepingan emas-emas seumpama itu digunakan sebagai “wang” dimasa akan datang. Emas sebenarnya tetap sama nilainya seperi dahulu. Contohnya jika dizaman Nabi Allah Isa as dahulu dikatakan 1 dinar emas boleh ditukarkan dengan seekor kambing, maka pada hari ini nilai itu juga tetap sama. Cuba kita kira : 1 dinar emas = 16.7gm (90% pureity) 1gm = RM 112.00 x 16.7gm = RM 1870.40 Rasanya kambing seekor sekarang lebih kurang harganya RM1870.00 Ini bermaksud benarlah apa yang diperkatakan itu iaitu nilainya tetap sama walaupun ia telah melebahi hampir 3000 tahun yang lalu. Itulah sebabnya Allah telah firmankan didalam Quran akan penggunaan emas dan perak sebagai matawang kerana ia tetap kukuh dan tidak ditelan zaman. Sistem yang ada sekarang diperbuat begitu rumit untuk difahami kerana ia sememangnya direka bentuk begitu supaya ramai yang akan bosan dan malas nak pening kepala membacanya. Bila rakyat dah tak tahu apa-apa, mudahlah mereka menjalankan ektiviti-ektiviti penipuan mereka kepada rakyat, hingga rakyat tidak sedar bahawa mereka telah tertipu dan dirompak disiang hari. Maka kamu fahamkan betul-betul atikal ini dan kemudian tolong sampaikan maklumat ini kepada keluarga kamu dan kawan-kawan kamu supaya semua pakat keluar dari masaalah ini. Memang kita ni kerdil dan kecil dimata mereka, tetapi jika kita ramai-ramai pakat... tentu mengerunkan mereka. Paling kurang pun kita elakkan diri kita dari fitnah yang mereka cipta itu supaya kita berlepas diri dan tidak akan dipersalahkan kelak dihadapan Allah Rabuljalil. Kita punya peluang kerana kita manusia yang terniaya dan kecil yang tidak mampu merubah apa-apa dan tiada kuasa. Maka kita berlepas diri dari semua masaalah dan fitnah yang mereka cipta kerana takut akan hukum Allah kelak. Mudah-mudahan Allah menerima “pelepasan” diri kita ini dan menempatkan kita diantara golongan kanan yang tiada terbabit atas fitnah itu...amin. Wabillahi Taufiq Walhadiyah Wassalam Mualaikum WarahmatuAllahi Ta’la Wabarakatuh. Sekian, Sumber Dari Blog :Atok zamany. Suara Pakatan Rakyat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan