Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Khamis, 21 Julai 2016

JABATAN KEADILAN AS FAIL TINDAKAN RAMPAS HARTA 1MDB BERNILAI RM14 BILION..

JABATAN KEADILAN AS FAIL TINDAKAN RAMPAS HARTA 1MDB BERNILAI RM14 BILION...

Posted: 20 Jul 2016 09:27 AM PDT

Khadem, Jho Low dan Riza Aziz

"Pendakwa AS berkata dana disalahgunakan daripada 1MDB dipindah kepada mereka yang menubuhkan Petrosaudi, iaitu syarikat yang menjalankan usaha sama dengan 1MDB. Kemudian dana dipindahkan semula kepada pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang dikenali sebagai "Malaysian Official One"."


SAH SUDAH...


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pagi ini (Rabu, waktu tempatan di Los Angeles) memfailkan tindakan undang-undang, bertujuan merampas berpuluh-puluh hartanah yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).


Menurut dokumen difailkan itu ia bernilai lebih AS$3.5 bilion (RM14,00 Juta) dikatakan disalahguna daripada institusi berkenaan.


Reuters melaporkan tindakan undang-undang tersebut yang difailkan di Los Angeles itu pagi ini (kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan) bertujuan membuat rampasan aset yang 'terlibat dalam dan boleh dikesan berhubung konspirasi antarabangsa untuk menggubal wang haram disalah gunakan dari 1MDB'.


Menurut dokumen pendakwaan berkenaan, kesalahan itu dilakukan dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu termasuk para pegawai Malaysia dan rakan sekutunya.


Mereka berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion daripada 1MDB.





Bagaimanapun, daripada tindakan undang-undang tersebut, tiada satu pun  menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Namun, tindakan tersebut menamakan mereka yang rapat dengan Najib, termasuk anak tiri Perdana Menteri iaitu Riza Aziz sebagai 'individu berkaitan' dalam kes itu.


Mereka juga menamakan pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al- Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al- Husseiny.


Sebelum ini New York Times (NYT) menyebut, Khadem Al Qubaisi, ialah bekas eksekutif syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC).


Pendakwa Amerika Syarikat berkata dana disalahgunakan daripada 1MDB dipindah kepada mereka yang menubuhkan Petrosaudi, iaitu syarikat yang menjalankan usaha sama dengan 1MDB


Selepas itu dana kemudian dipindahkan semula kepada seseorang atau pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia yang hanya dikenali sebagai "Malaysian Official One".


Aset di kenal pasti membabitkan penthouse, kediaman mewah, hasil seni dan lukisan, malah juga jet peribadi.


Salah satu hartanah di Los Angeles yang menjadi sasaran Jabatan Keadilan AS.

“Penyelewengan itu itu dilakukan dalam beberapa fasa dalam tempoh beberapa tahun,” menurut pendakwa berkenaan.


Dana yang disalahguna itu membeli Aset Defenden, selain membiayai kehidupan mewah mereka yang turut dibabitkan, seperti membeli barang kemas dan lukisan mahal serta membeli hartanah mewah.


Juga digunakan untuk tujuan berjudi, membayar sewa ahli muzik dan selebriti bagi menghadiri parti dan majlis-majlis mewah anjuran mereka.


Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini dilapor merancang menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dibeli oleh pihak-pihak rapat dengan Najib dan dikatakan datang daripada 1MDB.





Aset-aset itu dilapor dalam bentuk harta tanah serta barangan mewah dan seni. Ia dikatakan kes terbesar dibawa oleh Jabatan Kehakiman AS.

Walaupun bahagian itu biasanya hanya menyita aset dan bukan mendakwa individu, laporan itu menyebut aduan berkaitan aset tidak menghalang pertuduhan jenayah yang mungkin.

NYT berkata pihaknya gagal mendapatkan reaksi segera Riza, Jho Low atau Khadem.

Akhbar berpengaruh New York itu melaporkan, pembelian AS$150 juta kediaman di bandar itu dan Los Angeles, serta beberapa karya seni, dibuat melalui syarikat tidak aktif.

Sebelum ini, The Wall Street Journal melaporkan bahawa Jabatan Keadilan AS dijangka menyita aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB – yang dirujuk sebagai sitaan terbesar dalam sejarah AS.


Sehingga kini, 1MDB belum memberikan sebarang reaksi berhubung perkara itu.

BENARKAH AMERIKA SYARIKAT AKAN SITA ASET RM3.4BILION BERKAITAN 1MDB?

Posted: 20 Jul 2016 12:02 AM PDT




Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dijangkamenyita aset yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), demikian menurut laporan sebuah media antarabangsa negara itu  


Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara kuasa besar dunia ituyang dianggarkan AS850 juta (RM3,400 juta), lapor The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada pagi ini (Rabu, waktu Amerika Syarikat).





Akhbar kewangan antarabangsa itu melaporkan sitaan akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan “wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia”.


Menurut laporan Malaysiakini, pihaknya sedang cuba mendapatkan reaksi 1MDB bagi mengesahkan laporan itu.


Akhbar itu  sebelum ini melaporkan, mereka yang dikaitkan dengan dana ini melabur berjuta-juta dolar dalam hartanah dan perniagaan di Amerika Syarikat.


Ejen daripada unit rasuah antarabangsa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sudahpun menjalankan  pelbagai siasatan secara meluas membabitkan jenayah terhadap individu serta institusi yang terbabit dengan  1MDB,  iaitu tabung yang ditubuhkan pada 2009.


Ia bertujuan memacukan ekonomi negara, sebaliknya menjadi sebuah syarikat yang dibebani pelbagai skandal kewangan dan hutang.




Penyitaan aset ini boleh dianggap sebagai langkah permulaan terhadap 1MDB oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam konteks siasatan.


Belum diketahui jenis aset yang akan disita. Namun tindakan dijangka melepasi saman sivil yang dimulakan sejak 2015 bertujuan merampas aset bernilai kira-kira AS$850 juta (RM3.6b) membabitkan tiga syarikat telekom, menurut mereka yang mahir dengan kes seperti ini.


Mereka mengatakan siasatan masih berterusan.


Langkah menyita  aset oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat terikat dengan tabung pelaburan oleh kerajaan negara asing,  dilihat sebagai tindakan mempergiatkan usaha global di pihak Washington bagi menentang penyelewengan dan rasuah.


Ia juga bertujuan menyekat kegiatan mendapatkan dana secara tidak sah (haram) melalui sistem kewangan dunia.


Tindakan oleh Amerika Syarikat ini dijangka akan menggugat hubungan baik antara Washington dan Kuala Lumpur – negara Islam sederhana – yang menjadi sekutu Amerika Syarikat begitu lama di Asia Tenggara.


Malaysia dikatakan amat rapat dengan Asia Barat selain dijadikan sebagai  penghadang (bulwark) dengan China yang dilihat semakin mencengkam kuasanya di Asia.


Presiden Barrack Obama memperteguhkan hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila bermain golf bersama di Hawaii pada cuti Krismas 2014.


Penyitaan aset yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman melalui satu inisiatif yang di namakan sebagai Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang ditubuhkan pada 2010 bertujuan menyasarkan kes-kes berkaitan rasuah di luar negara.


Kes terbesar olehnya ialah penyitaan bernilai AS$850 juta aset yang dikaitkan dengan rasuah oleh tiga kumpulan syarikat telekom global yang dikaitkan dengan anak perempuan Presiden Uzbekistan.


Kes berkenaan masih di peringkat timbangtara.



http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/YGbI/~3/X-HobeAPGLk/jabatan-keadilan-as-fail-tindakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan