Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Selasa, 9 Ogos 2016

PAS Boleh Saman Tapi Sumpah Lagi Berkesan

PAS Boleh Saman Tapi Sumpah Lagi Berkesan

A Kadir Jasin



WABAK skandal 1MDB terus merebak. Terbaru ditakuti terkena jangkitannya ialah Parti Islam se-Malaysia
Sarawak Report mendakwa parti ulama itu telah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri

Semestinyalah dakwaan itu dinafikan dan dibantah keras oleh PAS.

Timbalan Presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali portal berita itu kerana berniat jahat serta mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak mengaitkan PAS dengan Umno,” kata Tuan Ibrahim kepada media massa.

Dalam ulasan saya di portal berita Free Malaysia Today mengenai ancaman Tuan Ibrahim itu, saya menulis:

“1. RM90 juta terlalu banyak. Tak berapa masuk akal. Kalau RM9 juta lebih logik.

2. Najib amalkan dasar "duit itu raja". PAS pula perlukan dana untuk lawan Amanah dan hadapi pilihan raya. Jadi "sedekah" daripada Najib atau Umno adalah logik.

3. PAS boleh saman Sarawak Report. Kalau PAS saman, PAS jadi lebih berani daripada Najib, Umno dan kerajaan. Najib ancam saja tapi tak saman.

4. Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau PAS sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah.”

Saya rasa PAS tidaklah terlalu naif untuk menyedari bahawa pendiriannya terhadap skandal 1MDB dan penglibatan Mohd Najib dalam skandal itu memberi signal yang mengelirukan.

Ini menyebabkan ramai percaya memang ada kerjasama terselindung antara PAS dengan Umno.

Ramai berpandangan bahawa setidak-tidaknya pun Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya (Datuk) Dr Harun Din telah berpindah ke alam gelap (dark world) dengan menyokong dan membela Mohd Najib secara terbuka dalam kes 1MDB.

Jadi apabila ada pihak yang mendakwa PAS menerima “sedekah” daripada Mohd Najib untuk tutup mulut, mesti ada orang yang percaya.

Nak salahkan orang ramai pun tak boleh juga sebab ada banyak suara dalam PAS dan jalan cerita mengenai kerjasama dengan Umno pula sering berubah-ubah.

Wallahuaklam.

A KADIR JASIN at 6:47 PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan