Pakatan Harapan Rakyat Sabah

Khamis, 13 April 2017

UMNO Dan BN Bakal Jadi Pembangkang Selepas PRU 14?

Kajian DAP mendapati ‘tsunami’ politik mungkin terus berlaku dengan Barisan Nasional (BN) bakal menjadi pembangkang buat pertama kali pasca pilihan raya umum ke-14.

“Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan BN kalah dalam pilihan raya, sekaligus mencipta sejarah menjadi pembangkang buat pertama kali di peringkat Persekutuan.

“Strategi ‘ketuanan Melayu’ Umno tanpa menghiraukan sensitiviti parti komponen BN lain antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan teruk MCA, MIC dan Gerakan dalam PRU 2008 dan 2013.

Advertisement

“Ia ditambah dengan kegagalan Umno memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sejak 2013 sehingga dilihat terpaksa bekerjasama dengan PAS bagi mewujudkan pola penentangan antara Melayu dan bukan Melayu,” jelas Chin Tong yang juga ahli Parlimen Kluang dalam blognya.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, BN turut berharap gabungan Umno dengan PAS akan memenangi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan akan datang.

Bagaimanapun, ujarnya, tindakan Umno itu menimbulkan masalah lain dengan pengundi bukan Melayu dari semenanjung termasuk majoriti di Sabah dan Sarawak mula menjarakkan diri dari parti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga, katanya, yang kini dianggap liabiliti kepada Umno ekoran skandal 1MDB serta dasar membebankan seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak, potongan bajet kesihatan dan pendidikan boleh menyumbang kepada kekalahan BN.

“Pihak yang marah dengan sikap pemimpin Umno itu telahpun menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan parti tersebut telah membuka jalan kepada kawasan yang sebelum ini tidak dapat dimasuki oleh pakatan pembangkang,” ujarnya.

Malah, beliau menjelaskan, BN hanya menang tipis dengan kurang 55 peratus undi di 60 daripada 133 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka dalam PRU 2013.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian akar umbi katanya, pakatan pembangkang khususnya BERSATU bakal memberi tentangan hebat antaranya di Langkawi dan Kubang Pasu menjadikan Kedah antara negeri yang mampu dirampas pembangkang daripada BN.

https://ataspagar.com/201719314/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan