Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Selasa, 12 Jun 2018

Jho Low sembunyi di Macau


Petaling Jaya - Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai sedang bersembunyi di Macau, lapor The Malaysian Reserve.

Difahamkan pihak berkuasa Malaysia tidak dapat menahan Jho Low kerana negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Macau, kata akhbar itu yang memetik sumber kerajaan.

Jho Low, didakwa dalang di sebalik skandal multi bilion dolar 1MDB.

Pada 8 Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jho Low sedang bersembunyi di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Jho Low dan Pengarah SRC International Berhad, Nik Faisal Ariff Kamil. - mStar

 

http://www.kualalumpurpost.net/jho-low-sembunyi-di-macau/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan