Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Jumaat, 25 Oktober 2013

Ringkasan Bujet Pakatan Rakyat Bagi Tahun 2014

Negeri Sabah Kaya Dengan Hasil Buminya, Tapi Rakyatnya Papakedana.
Ringkasan Bajet Pakatan Rakyat 2014 October 21st, 2013 by Anwar Ibrahim KENYATAAN MEDIA 21 OKTOBER 2013 Ringkasan Bajet Pakatan Rakyat 2014: Fokus Dato’ Seri Anwar Ibrahim Parlimen, 21/10/2013 A. Ramalan Ekonomi Global 1. Ekonomi global pada 2014 diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%). 2. Namun begitu, realiti ekonomi global yang agak rapuh dan tidak menentu pada ketika ini (seperti yang akan dinyatakan di bawah) boleh mem cvchbawa cew3e4yrisiko untuk ramalan di atas diubah kepada kadar yang lebih rendah; i. Ketidaktentuan dalam penyelesaian permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat (debt ceiling, quantitative easing) ii. Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi di Eropah yang berterusan disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan (austerity measures) iii. Prestasi ekonomi China yang kurang memberangsangkan serta kelembapan pemulihan ekonomi India 3. Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global. B. Anggaran Defisit 1. Pakatan Rakyat menganggarkan defisit Negara untuk 2014 pada RM 34 billion bersamaan kadar 3.2% GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Aggaran ini dibuat berdasarkan: i. Anggaran pendapatan Negara sebanyak RM 228 billion ii. Anggaran perbelanjaan Negara sebanyak RM 262 billion dimana pengurangan sebanyak 10% pada perbelanjaan operasi (OPEX) tidak termasuk emolumen iii. Anggaran KDNK sebanyak RM 1,055 billion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2% untuk 2014 2. Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit PR adalah selalunya lebih rendah daripada BN.Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2% (dianggarkan sebanyak 3.8% hingga 4%) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan C. Teras Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) Belanjawan PR kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama: 1. Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam 2. Pembangunan Ekonomi yang Seimbang, Inklusif dan Mampan 3. Peningkatan Kesejahteraan dan Kualiti Hidup Rakyat C1. Teras 1: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam Pengukuhan kedudukan fiskal Negara adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan kedudukan kredit Negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan defisit dan hutang negara yang membarah semenjak 2009. Bajet alternatif 2014 PR adalah suatu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar 3% GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan bajet (budget surplus) selewat 2018. Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia: 1. Keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM 500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM 20 billion setahun 2. Menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu 3. Beralih dari pertumbuhan ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan A. Bagi menjamin PERBELANJAAN kerajaan yang lebih efisyen dan teratur, PR akan: 1. Melancarkan program rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan untuk mencapai pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10%. Ini akan dicapai melalui; i. Penangguhan sementara kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan ii. Pengkajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama sekali dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan iii. Memperkemaskan mekanisma subsidi sasaran (targetted subsidy) dan juga pengawalan barangan subsidi seperti diesel, petrol, gula dan tepung bagi mengelakkan salahguna subsidi 2. Mengkaji semula keutamaan perbelanjaan (spending priority) dengan mengurangkan atau menghapuskan perbelanjaan program-program yang tidak berkesan dan kurang kepentingan sebagai contoh; i. Program Khidmat Negara yang dilihat gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih. Program ini menelan belanja tahunan RM 800 juta yang lebih besar dari perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (~RM 700 juta) yang juga mempunyai matlamat yang sama. Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian semenjak penubuhannya dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam progam, disebabkan perancangan dan perlaksanaan program yang tidak baik. Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC) Suara Pakatan Rakyat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan