Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Sabtu, 26 Oktober 2013

Rogol Anak Didepan Istri.

Rakyat Hakim Negara
Selamba Rogol Anak Depan Isteri Seorang pekerja gerai makan dihukum penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun di hadapan isterinya, tahun lalu. Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan lelaki berusia 47 tahun itu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap tuduhan secara berturut-turut berkuat kuasa daripada tarikh dia ditangkap pada 27 Januari 2011. Dia didakwa atas empat tuduhan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun empat bulan di dalam sebuah bilik rumahnya di Pudu Ulu Cheras, di sini, antara jam 2 hingga 4 petang, sekitar November 2010 hingga 23 Januari 2011. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan. Mengikut fakta kes, mangsa yang juga anak kelima daripada sembilan beradik itu baru selesai mengemas bilik tidur bersama ibunya sebelum didatangi tertuduh yang bertindak merogol anak perempuannya itu di hadapan isterinya sendiri. Isteri tertuduh yang juga pekerja gerai makan bertindak menghalang tindakannya, namun dia hanya mampu menangis apabila dipukul lelaki terbabit. Malah pada jam 3 petang akhir Disember 2010, tertuduh turut memaksa anak perempuannya dan isterinya meraba serta mencium badannya sebelum sekali lagi merogol mangsa di hadapan isteri tertuduh juga di tempat yang sama. Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dalam keadaan bersahaja supaya mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia mempunyai pelbagai penyakit termasuk darah tinggi dan sakit sendi kaki. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Loon Jia Yin, memohon mahkamah memandang serius perbuatan tertuduh yang dianggap keji, sekali gus menyebabkan anak perempuannya itu trauma dan merosakkan masa depannya. sumber dari berita harian Suara Pakatan Rakyat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan