Jadilah Kerajaan Yang Boleh Membantu Rakyat, Bukan Kerajaan Memperkayakan Karoni.
Sabtu, 23 November 2013
Isu intipan Amerika: Belum ada PM selembik Najib – Anwar
Rakyat Hakim Negara
(Oleh Norasikin Samsi)
KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER: Najib Razak merupakan Perdana Menteri (PM) paling ‘lembik’ di dunia kerana gagal bertegas dalam isu intipan Amerika dan Australia ke atas negara, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sebagai pemimpin negara, Najib perlu segera menunjukkan pendirian dan ketegasan berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan membisu tanpa sebarang tindakan.
anwar-parlimenKatanya, kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan kepimpinan negara tidak konsisten dalam isu tersebut.
“Semalam (Kerajaan) Indonesia tarik semua Duta Besar Indonesia dari Australia kerana pengintipan terhadap Presiden Indonesia.
“Maka Presiden wanita mempunyai keberanian lebih tegas daripada Perdana Menteri Malaysia. Sampai sekarang berminggu-minggu (Kerajaan Malaysia) keluar kenyataan ‘lembik’,” kata Anwar merujuk Presiden Jerman, Angela Merkel yang berani bertegas dalam soal berkenaan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh turut membidas Najib yang sehingga sekarang takut untuk menjawab pendedahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara.
“(Sebelum ini) Tun Dr Mahathir memanggil perjumpaan bangkitkan soal dua CIA operaters. Cuma jawapan PM – tidak ada bukti, tidak ada apa-apa. (Kena) Siasat, kalau tak benar beritahu Dr Mahathir itu tidak benar. Tidak boleh ketepikan (isu ini). Peguam Negara memang kontroversi kedudukannya. Yang takut sangat kenapa? Ini bukan perkara kecil,” katanya pada perbahasan Dewan Rakyat hari ini .
Justeru, kata beliau, kerajaan perlu serius dan konsisten menegaskan pendirian Malaysia dalam isu ini.
“Tak boleh samakan jika saya berucap di Washington ataupun PM berucap atau bekas PM dulu yang berucap dan menegur beberapa dasar Malaysia ataupun pemimpin Amerika yang berucap dan memberi pandangan dan teguran. Ini berbeza dengan pengintipan. Apa kosistennya (Kerajaan Malaysia)?.
“Kita perlu konsisten soal pengintipan terhadap pimpinan dan Kerajaan Malaysia yang belum dibuat kenyataan tegas melainkan Menteri Luar nasihat ‘lain kali jangan buat macam itu’. Boleh ke orang (asing) sabotaj negara kita dan kita (hanya) jawab ringan. Setakat saya tak tahu, belum ada negara selembik ini dalam sikap terhadap (intipan) Amerika dan Australia,” kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56745
Suara Pakatan Rakyat Sabah
Prihatan rakyat/masyarakat
Prihatan pembangunan
Prihatan terhadap jenayah/siber
Prihatan terhadap gejala rasuah,
Prihatan jenayah kolar putih.
PERHATIAN : Pemilik Blog Tidak Bertanggungjawab dengan sebarang komen atau ulasan yang dihantar oleh pembaca.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan