Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Khamis, 14 November 2013

Usul perobohan kuil 100 tahun ditolak, Surendran diarah keluar Dewan

Rakyat Hakim Negara
Usul perobohan kuil 100 tahun ditolak, Surendran diarah keluar Dewan Nov 12 2013 / Keadilan Daily KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran diarah keluar Dewan selepas usul berkenaan perobohan kuil bersejarah lebih 100 tahun di Jalan P Ramlee oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditolak Speaker Dewan Rakyat. Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi alasan, menteri bertanggungjawab sudah memberikan kenyataan dan menjawab isu berkenaan. Malah Surendran juga dituduh mempunyai agenda untuk mendapatkan publisiti berhubung isu tersebut. Dewan bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, G Manivanan (Kapar), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Hanipa Maidin (Sepang) membantah keputusan itu. Mereka yang bangun termasuk Surendran untuk mencelah diarah duduk dan tiada sebarang bantahan diterima. "Biar saya jawab. Saya dengar dengan sabar. Tuan Speaker telah menipu dengan fakta-fakta yang diberikan. Ini tidak adil. Tan Sri perlu bagi peluang untuk saya jawab. Saya nak jawab hanya dua point," kata Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN. Serentak dengan itu, Pandikar Amin mengarahkan Surendran keluar Dewan. "Ini bukti bahawa kuil dipecah. Ini tak adil," tegas Surendran sambil mempamerkan foto kuil tersebut dipecah sebelum keluar Dewan. Kerja merobohkan kuil Sri Muneswarar bermula pada September lalu, apabila DBKL memasang dinding di sekeliling premis kuil setelah kawasan itu diserahkan kepada pemaju. Kerja perobohan kuil diperhatikan 50 anggota polis, pegawai DBKL dan menggunakan dua jentolak pada 10 November lalu. Bercakap kepada Keadilan Daily, Surendran berkata, DBKL mengkhianati penganut Hindu ekoran tindakan merobohkan kuil tersebut. "Kejadian ini amat serius kerana DBKL mengkhianati upacara yang dianuti oleh agama Hindu dan melakukan aktiviti perobohan besar-besaran, menutup jalan seolah-olah mahu menyerang," katanya. Beliau juga mendedahkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor telah berjanji tidak merobohkan kuil tetapi perobohan telahpun dilakukan. Suara Pakatan Rakyat Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan