Wahai Jib.
kenapa kau selalu menyusahkan rakyat?
menjadi rungsing kami utk teruskan hayat,
sedikit pun kau tak rasa tergugat,
dan tak pernah pun kau endah kami punya ayat.
Wahai Jib.
sebelum PRU kau rayu utk diberi sepenggal,
selepas PRU kepala kami yg kau penggal,
apakah kau tak pernah merasa janggal?
adakah otakmu sering kau tinggal?
Wahai Jib..
perbelanjaan berjuta billion kau labur,
demi si panda di zoo yg masyur,
hutang negara semakin sesak,
pelabur asing pula semakin senak.
Wahai Jib..
Muhyiddin sudah kau tendang,
Tun Mahathir sudah kau perang,
Nurul Izzah kau tuduh khianati negara,
Yang kau main golf dgn Obama apa cerita?
Wahai Jib..
potret bapamu kelihatan murung,
mungkin dia kecewa dulu tak pakai sarung,
maka lahirlah insan berperangai burung,
meninggi di awan yg takut terkurung.
Wahai Jib..
satu persatu perkara terbongkar sentiasa,
tapi sangatlah kebal kau punya kuasa,
hanya kerana pengampu mu ada setiap masa,
demi mempertahankan jawatankuasa dlm negara.
Wahai Jib ..
tahun hadapan semakin gentir,
semua kau naikkan tanpa rasa khuatir,
kami teraniaya dalaman dan zahir,
memendam rasa sampai nafas terakhir.
Wahai Jib..
jika kau sudah tidak berkuasa nanti,
bertaubatlah dan bersihkan hati,
kita didunia ini bukanlah jati,
kerana syarat untuk hidup adalah mati.
Wahai macai kpd Najib Razak,
negara kita dah semakin nazak,
tekan lah pantun ini lama-lama,
copy atau kongsikanlah dimana-mana,
tak bagi kredit pun tak apa,
yg penting tak kena simen sudah la...
#PantunWahai Jib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan