Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan, mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan telah membuat laporan terhadap SPRM mengenai kebarangkalian terdapat unsur penyelewengan, salah guna kuasa atau apa-apa pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh Tan Sri Apandi Ali mengenai isu Wang RM 2.6 bilion yang kononnya didermakan oleh keluarga diraja Arab Saudi yang masuk dalam akaun peribadi Najib serta isu RM 42 juta wang milik SRC yang entah macam mana boleh masuk juga dalam akaun peribadi Najib. Laporan terhadap SPRM mengenai isu ini telah dibuat pagi tadi.
Apa yang menjadi kemusykilan kepada saya adalah, walaupun pihak SPRM menyiasat bermati-matian kes ini untuk mencari kebenaran, tetapi kepada siapakah hasil siasatan yang akan diserahkan untuk diteliti dan dipertimbangkan untuk dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau kes ini dibuang begitu sahaja?
Ini kerana sudah tentu apabila siasatan telah selesai dibuat, maka pihak SPRM akan mengemukakan laporan hasil siastan kepada Pejabat Peguam Negara, dan Pejabat Peguam Negara diketuai oleh Apandi Ali yang merupakan suspek yang disiasat dalam kes tersebut, maka bagaimanakah kita boleh percaya dengan ketelusan Pejabat Peguam Negara untuk meneliti dan membuat pertimbangan terhadap kes berkenaan?
Kita risau dengan kejadian yang baru berlaku baru-baru ini di mana siasatan melibatkan Wang RM 2.6 bilion yang kononnya didermakan oleh keluarga diraja Arab Saudi yang masuk dalam akaun peribadi Najib serta isu RM 42 juta wang milik SRC yang entah macam mana boleh masuk juga dalam akaun peribadi Najib di mana Peguam Negara iaitu Apandi Ali dilantik oleh Najib selepas Najib membuang Tan Sri Gani dengan menggunakan alasan bertaraf sampah sarap kononnya Tan Sri Gani sakit, sedangkan Tan Sri Gani hadir ke pejabat beliau, tetapi beliau dihalang dari bertugas dengan alasan beliau telah disingkirkan dari jawatan Peguam Negara atas sebab beliau sakit.
Apabila Apandi Ali dilantik oleh Najib menjadi Peguam Negara, dan Apandi Ali membuat pertimbangan terhadap kes RM 2.6 bilion dan RM 42 juta yang melibatkan Najib itu, maka kerana Apandi dilantik oleh Najib, maka berlaku prejudis di mana suspek melantik Peguam Negara untuk meneliti kes melibatkan suspek.
Dari awal lagi pelantikan Apandi Ali itu adalah prejudis terhadap perjalanan siasatan kes dan pengurusan kes ini kerana beliau dilantik oleh suspek kes yang sedang disiasat itu. Maka patutnya dari awal lagi Apandi tidak layak untuk jadi Peguam Negara kerana dia dilantik oleh suspek kes yang sedang dalam siasatan itu.
Sehubungan dengan itu, pihak SPRM, dan pihak parlimen perlu mengkaji perkara ini, kita tidak mahu nanti SPRM menjalankan siasatan berdasarkan laporan oleh Datuk Seri Khairuddin, dan laporan hasil siasatan diberikan kepada suspek kes tersebut, apakah boleh kita yakin dan percaya suspek kes itu akan bertindak jujur untuk mengendalikan kes melibatkan dirinya itu?
Negara Malaysia kini sudah jatuh maruahnya diperingkat antarabangsa. Isu RM 2.6 bilion dan RM 42 bilion melibatkan Najib itu sudah menjatuhkan maruah Malaysia dengan begitu teruk di pandangan masyarakat dunia, sangat lawak, suspek kes jenayah melantik Peguam Negara untuk teliti kes melibatkan kes suspek itu samada perlu dibicarakan atau dibuang kes begitu sahaja, otak manusia waras tidak akan dapat menerima perkara ini, hanya orang yang pemikirannya dah bengong sahaja yang dapat terima perkara ini.
Ini ibarat seorang pencuri melantik hakim untuk membicarakan dirinya, sudah tentu hakim akan lepaskan pencuri tersebut, sebab pencuri itu yang melantik hakim itu.
Bersikap jujurlah, dan pertahankanlah kedaulatan undang-undang negara ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan