Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Ahad, 7 Februari 2016

MALAYA MENGUBAH FAKTA SEJARAH KENEGARAAN DAN MENJAJAH MINDA RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MELALUI SISTEM PENDIDIKAN

MALAYA MENGUBAH FAKTA SEJARAH KENEGARAAN DAN MENJAJAH MINDA RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MELALUI SISTEM PENDIDIKAN

Mengikut Suruhanjaya Cobbold 1961/62, Laporan IGC 1962,Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 yang asal, Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah berstatus 'Negara' dan bukan 'Negeri' dalam 'Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)'; dan bukan 'Negeri' dalam Persekutuan Malaysia 1963 tetapi berstatus 'Negara'! Penulis Buku Teks Sejarah tersebut jahil sejarah kenegaraan dan sengaja memesong/ mengubah fakta sejarah kenegaraan untuk merealisasikan 'Agenda Penjajahan Malaya' ke atas Sabah dan Sarawak!

Negara-negara yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada gabungan empat buah 'Negara', iaitu Negara Malaya (Persekutuan Tanah Melayu), Negara Singapura, Negara Sarawak dan Negara North Borneo (Sabah)!

Pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di Malaya tidak ada cara untuk menipu, membohongi atau mengubah fakta sejarah kenegaraan yang asal tentang Penubuhan Persekutuan Malaysia kerana dokumen-dokumen asal yang berkaitan tersimpan di Negara Singapura, Negara Sarawak, Negara North Borneo (Sabah), United Kingdom dan beberapa negara komanwel serta negara-negara lain di Eropah dan Amerika Syarikat.

Kerajaan Sabah dan Sarawak sekarang MESTI menghantar Surat Bantahan Rasmi kepada KPM, LPM, MPM, Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Buku Teks! Buku Teks Sejarah Sekolah yang mengandungi fakta sejarah yang salah MESTI DIHARAMKAN sebelum rakyat atau pelajar keliru, tersesat dan dijajah minda! Ini satu 'Agenda Penjajahan Minda' pihak-pihak tertentu di Malaya terhadap rakyat Sabah dan Sarawak' untuk tujuan penjajahan yang lebih meluas! Penjajahan ini mesti dihentikan dan ditentang habis-habisan!!!

"Penjajahan paling kejam dalam sejarah penjajahan adalah dengan mengubah fakta sejarah kenegaraan sesebuah negara dan bangsa" - DJI/CWC&KBSN40L/090216/0102AM

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1259638644051844&set=a.328805567135161.99823.100000171617465&type=3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan