Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Rabu, 10 Februari 2016

OSA : APA YANG MAHU BERAHSIA KALAU TIDAK BUAT SALAH, TIDAK TIPU DAN TIDAK RASUAH.

Kenyataan Media.

OSA : APA YANG MAHU BERAHSIA KALAU TIDAK BUAT SALAH, TIDAK TIPU DAN TIDAK RASUAH.

1. Gegak gempita seantero dunia soal kebocoran rahsia kerajaan di Malaysia. Ada pemimpin politik saran pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan terhadap mereka yang kononnya bocor maklumat rahsia termasuk wartawan yang melaporkan seperti surat Bank negara pada TH. Peguam Negara pula  mencadangkan pindaan OSA untuk hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

2. Saya hendak tanya kerajaan Umno Bn dan PM Najib, kenapa  takut sangat dengan kebocoran dokumen Kerajaan yang dikatakan rahsia? Apa yang hendak disembunyikan daripada rakyat? Perkara apa yang rakyat tidak boleh diberi tahu daripada dokumen yang dirahsiakan? Keselamatan negarakah atau penyelewengan rasuah yang membabitkan pemimpin yang mahu dirahsiakan daripada rakyat?

3. Najib dan kepimpinan Umno Bn serta AG masih dengan paradigma tua kuno yang beranggapan jika tidak dikawal kebocoran dokumen rahsia kerajaan, akan berlaku  krisis kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia khusus terhadap pengurusan kewangan dan ekonomi negara. Sedangkan yang dikawal bukan rahsia keselamatan negara tetapi rahsia keselamatan pimpinan negara yang terlibat dengan salahlaku jenayah rasuah, penyelewengan dan salah urus yang terkandung dalam dokumen OSA.

4. Perlu dibezakan antara dokumen rahsia negara yang membabitkan keselamatan dan pertahanan yang sememangnya perlu dirahsiakan seperti logistik, plan strategi pertahanan negara dan yang berkaitan. Sedangkan  dokumen pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara memungkinkan wujudnya salah urus dan  unsur rasuah seperti skandal pembelian kapal selam, dokumen yang berkaitan kontrak projek pembinaan kem tentera, balai polis dan sebagainya perlu dibebaskan daripada OSA.

5. Begitu juga dengan surat teguran Gabenor Bank Negara terhadap TH tidak perlu dilihat sebagai kebocoran rahsia sebaliknya ini adalah untu membolehkan proses semak imbang rakyat bagi memastikan  urus tadbir ekonomi dan kewangan negara lebih telus dan berintegriti serta mengelak daripada ketirisan serta kebocoran wang negara akibat daripada salah laku jenayah rasuah pemimpin negara dan pegawai awam.

6. Saya mengharap pemimpin politik negara dan rakyat serta AG mesti keluar daripada PARADIGMA TUA KUNO yang beranggapan jika tidak diOSA ke atas dokumen yang saya maksudkan maka ekonomi negara akan lumpuh tetapi sebaliknya ekonomi negara akan lebih meyakinkan kerana masyarakat antarabangsa akan lebih percaya Malaysia kerana keberanian, keterbukaan dan ketelusan dari sebarang salah laku jenayah rasuah. Jangan takut dan berahsia kalau tidak buat SALAH, TIPU dan RASUAH.

#SelamatkanMalaysia.
#BeraniKeranaBenar.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10 Februari 2016/1 Jamadil Awal 1437H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan