PENGAMBILAN PEKERJA ASING TERMASUK 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH : BETOI KA BOHONG.
1. Mula-mula 5 Datuk Seri Zahid Hamidi, TPM yang menyatakan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh bukan kehendak kerajaan tetapi adalah permintaan majikan. Kenyataan DS Zahid menimbul persoalan "betoi ka bohong?"
2. Kenyataan CEO persekutuan majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsudin Bardan menyatakan majikan tidak memerlukan tambahan pekerja sebanyak itu. Datuk Sri Wee Ka Siong, Menteri di JPM pun tidak setuju dengan pengambilan tersebut tanpa penyelesaian kepada PATI yang sedia ada di pasaran kerja sekarang.
MENGAPA BANYAK SANGAT KELENTONG?
3. Kemudian, Zahid TPM g bukan kerajaan yang hendak dan bukan sebab( permintaan majikan, tetapi belia Malaysia yang malas tidak mahu kerja yang kotor, bahaya dan sukar (3D) menjadi punca kerajaan terpaksa bawa masuk pekerja asing Bangladesh 1.5 juta orang. Ketua Pemuda Umno YB Khairi Jamaludin dan Datuk Seri Azalina Othman Menteri di JPM pun sokong Zahid. Bermati-matian pemimpin umno pertahan kemasukan pekerja Bangladesh kerana BELIA MALAYSIA MALAS dan segala macam. Cakaplah sahajalah bahawa kemasukan pekerja asing akan memberi pulangan kepada syarikat kroni yang diberi lesen untuk menguruskan kemasukan dengan bayaran yang perlu dibayar. Tidak perlu pusing sana, pusing sini.
4. Menteri Sumber Manusia pula, Datuk Richard Riot berkata Malaysia bukan hendak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Angka tersebut 1.5 juta ialah mereka yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Expatriat dan Pekerjaan Luar untuk dihantar ke-139 negara termasuk Malaysia yang diluluskan kerajaan Bangladesh.
5. Sedangkan kenyataan media KDN sebelum ini jelas mengakui PM Bangladesh telah meluluskan memorandum persefahaman G-to-G Plus (MOU G To G Plus) bagi penghantaran pekerja Bangladesh seramai 1.5 juta untuk bekerja di Malaysia. Maknanya, Kerajaan Bangladesh telah menyedia penghantaran rakyatnya ke Malaysia sebanyak 1.5 juta. Kenyataan Zahid TPM sebelum ini pun mengakui jumlah tersebut akan dibawa masuk berperingkat-peringkat untuk tempoh 3-5 tahun berdasarkan permintaan pasaran. Kenyataan yang memeningkan rakyat Malaysia.
6. Bila rakyat marah atas isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh dengan menghina BELIA Malaysia kononnya MALAS dan tidak mahu kerja 3D, PM Najib kata dia akan bincang dengan Zahid. Menteri Sumber Manusia, Ruchard Riot sudah pun tandatangan perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Bangladesh. Tiba-tiba keluar kenyataan Zahid kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh sehari selepas Menteri Sumber manusia tandatangan MOU dengan alasan konon nak bagi peluang majikan ambil pekerja tempatan.
BETOI KA BOHONG?
7. Betoi ke bohong tanguh? Kata Pemangku Setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Begum Shamsunnahar bahawa kenyataan Zahid TPM Malaysia tangguh pengambilan pekerja Bangladesh tu mengarut. Tidak malu kah dengan Kerajaan Bangladesh. Betoi ka bohong bukan 1.5 juta? Betoi ke bohong nak bagi peluang pekerja tempatan? Apa tangga gaji untuk pekerja tempatan yang memenuhi keperluan kehidupan seperti rumah dan sebagainya? Apakah syarat yang dikenakan untuk majikan menggaji pekerja tempatan dengan memastikan gaji yang mencukupi dan kebajikan kehidupan mereka terjamin?
8.Tidak wajar menyalahkan belia Malaysia memilih kerja untuk menghalalkan kemasukan pekerja asing termasuk Bangladesh untuk pulangan lumayan kepada kroni. Berapa ramai belia dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara? Ini menunjukan persoalan gaji dan pendapatan yang menjadi tuntutan keperluan bukan kotor, bahaya dan sukar.
#SayangiRakyatMalaysia
#SelamatkanMalaysia
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
21 Februari 2016/12 Jamadilawal 1437H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan