APAKAH AMANAH YG HARUS DILAKSANAKAN OLEH BARISAN PEMBANGKANG BAGI MENENTUKAN MALAYSIA SELAMAT DARI KERAKUSAN NAJIB DAN PENTADBIRANNYA?
ARTGNA pernah mengeluarkan satu frasa ayat yg agak menimbulkan kontrovesi seketika dulu "Kalau pun "SYAITAN" yg hulurkan pertolongan untuk jatuhkan UMNO,kita terima". Ungkapan ini telah menjadi bahan perdebatan bagi mereka yg tidak ada kemampuan berfikir secara 2 langkah lebih kedepan. Apa yg cuba digambarkan oleh Arwah TGNA?
Secara akal,mana mungkin ibu segala kejahatan akan berbuat baik? Tentulah tidak akan berlaku sama sekali kerana SUMPAH DAN JANJI SYAITAN DENGAN ALLAH YG ESA KEKAL KE HARI KHIAMAT. Ungkapan yg cuba dibawa adalah,jika kejahatan itu membantu jalan kebaikkan,tidak kira siapa ianya patut disambut sebagai BANTUAN yg harus diterima!
Dikala ketika Polis sedang memerangi KOMUNIS...Tembak menembak berlaku...Polis berada dalam keadaan yg memerlukan bantuan keanggotaan..tiba-tiba melintas sejumlah PENJENAYAH yang amat dikehendaki oleh POLIS. Mereka turun dari kenderaan dan terus membantu Polis memerangi KOMUNIS. Apakah pada ketika itu POLIS patut menerima bantuannya atau POLIS perlu melaksanakan arahan penangkapan kerana mereka adalah WANTED? Polis yg cerdik tidak akan menghiraukan dulu apa yg terkandung dalam arahan WANTED.....Tentulah bantuan dan sokongan melawan komunis itu lebih penting!
Bagaimana pula dengan saranan yg ada unsur kebodohan?....Tentu sekali golongan ini akan mengungkitkan segala KEJAHATAN dan tingkah laku penjenayah itu untuk mewajarkan agar tangkapan SEGERA dilakukan!
TINDAKAN YG PALING BIJAK ADALAH...Terima bantuan untuk melawan komunis itu dan hasilkan hukuman yg paling ringan mengenangkan kesanggupan turut berperang!
MAHATHIR itu ada salah dan silapnya. Tidak ternafi. Jasanya juga bukan mampu dibilang dengan jari.
Dalam keadaan suasana MALAYSIA perlu diselamatkan terlebih dahulu,soal kesalahan MAHATHIR perlu diketepikan seketika. Objektif dan matlamat adalah SELAMATKAN MALAYSIA DARI TERUS TERNODA OLEH RAKUSNYA NAJIB DAN BARISAN PEMBODEKNYA. Tindakan secara tidak menyalahi undang-undang perlu diambil. Menukar seorang PM tidak memerlukan PRU wahai TUAN GURU HJ HADI!
Parti Amanah Negara...DAP......PKR dan seluruh NGO perlu mengembleng segala kepakaran agar matlamat mengugurkan NAJIB melalui tekanan politik wajib dijadikan kenyataan! Soal PAS menongkat UMNO. Soal PAS menjawab bagi pihak UMNO,jangan biarkan ianya berhenti atas nasihat kalian...Biarkan ianya terus berlaku agar CELIK POLITIK oleh rakyat dapat menilai dan menghukumnya di PRU 14.
GABUNGAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG DENGAN TEAM DARI MAHATHIR WAJAR MEMANTAPKAN GERAK KERJA AGAR tekanan PSI politik terhadap NAJIB secara tidak menyalahi undang-undang akan menghasilkan MALAYSIA YG SELAMAT!
Semua pihak yg akar umbinya politik atau NON POLITICIAN perlu memberi sokongan agar SELAMATLAH BUMI TERCINTA DAN DERITA RAKYAT TIDAK BERTERUSAN.
Biarkan PAS dengan BAHTERA dan BAS EXPRESSNYA........!!!!!!
NYAMUK MENGGIGIT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan