Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Rabu, 23 Mac 2016

Dalam isu menghadapi golongan atau pemerintah yang melakukan kezaliman terhadap rakyat

Dalam isu menghadapi golongan atau pemerintah yang melakukan kezaliman terhadap rakyat, Imam Al Ghazali telah memberikan beberapa nasihat. Antaranya ialah:-

“Janganlah kamu bergaul dengan pemimpin dan pembesar yang zalim, malahan jangan sekali-kali bertemu dengan mereka.  Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya.  Dan sekiranya kamu terpaksa, janganlah kamu memuji mereka kerana Allah sangat murka apabila orang fasik dan zalim dipuji.  Sekiranya sesiap mendoakan golongan zalim ini dipanjangkan umur, maka sebenarnya mereka suka akan kezaliman itu terus berlaku dan Allah didurhakai sepanjang waktu”.

“Janganlah kamu menerima apa-apa pemberian daripada pembesar atau pemimpin yang zalim walaupun kamu tahu bahawa pemberian itu dari sumber yang halal.  Sikap tamakan pemberian samada berupa hadiah, wang atau sebagainya akan merosakan agama, kerana dari pemberian itu kelak akan menimbulkan rasa simpati kamu terhadap mereka.  Maka kamu akan mula menjaga kepentingan, kekuasaan dan apa sahaja kehendak golongan zalim itu dan akan berdiam diri terhadap apa sahaja kezaliman yang dilakukan.  Ini semua akan merosakan agama, masyarakat dan negara.  Sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan menjadi sayang terhadap mereka pula.  Seterusnya kamu akan mendoakan mereka agar kekal lama berkuasa dan berada terus pada kedudukan mereka.”

“Mengharapkan golongan zalim dan fasik itu kekal lama berkuasa dan berada ditempatnya adalah sama seperti mengharapkan kezaliman itu akan terus berpanjangan tanpa kesudahanya terhadap hamba-hamba Allah dan agar alam, negara dan masyarakat musnah sepenuhnya.  Dan yang paling buruk ialah kemusnahan kepada Islam itu sendiri”.

“Kamu harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia) melalui kata-kata manis mereka kepada kamu seperti: ‘Lebih baik kamu ambil sahaja wang, hadiah atau sebagainya yang mereka berikan itu dan kamu boleh membahagikanya kepada orang miskin, kalau kamu menolaknya, maka mereka akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan maksiat dan mungkar’.  Sesungguhnya terlalu ramai manusia disesatkan oleh syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia) dengan cara ini.”

Ingatlah bahawa:  Riak itu dikalungkan kepada orang yang kuat beribadah! Tamak itu dikalungkan kepada orang kaya dan banyak harta! Zalim itu dikalungkan kepada pemimpin/pembesar dan penguasa.  Hanya golongan yang benar-benar ikhlas, beriman dan bertaqwa serta mendapat hidayah dari Allah sahaja yang selamat dari sifat tamak, riak dan zalim itu.

Hayatilah peringatan Allah dan Rasul kita agar kita tidak bersekongkol dan bersubahat dengan golongan yang jelas melakukan kezaliman secara terang supaya kita tidak disambar oleh api neraka kelak:

“Janganlah kamu cenderong kepada golongan yang zalim (samada menyokong/mempertahan dan bersama mereka), nescaya kamu akan disambar oleh api neraka”. (Firman Allah)

“Esok, akan ada raja, pemimpin dan penguasa yang datang mengumpulkan rakyat serta melakukan kezaliman dan berbohong kepada mereka, maka barangsiapa ikut kepada raja/pemimpin/penguasa ini dan membenarkan kezaliman dan pembohongan mereka maka mereka bukanlah dari golonganku” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Ya’la dan Ibnu Hibban).

“Sabda Nabi”

“Terdapat seorang lelaki berpakaian yang lusuh lalu berdoa kepada Allah dengan katanya: Ya Robbi! Ya Robbi! sambil mendahkan tanganya ke langit.  Bagaimanakah Allah akan mengabulkan doanya sedangkan  pakainya, minumanya dan makananya adalah dari sumber yang haram” (HR Imam Muslim). Dan inilah yang berlaku sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba bagi lembu buat Qurban sehinggakan berpuluh ekor, bagi wang pada anak yatim , orang miskin dan masjid serta madrasah, sedangkan wang tersebut adalah dari hasil riba, rasuah, penipuan harta negara dan rakyat.  Adakah Allah akan menerima semua itu sebagai ibadah? Tentu tidak sekali-kali.

Firman Allah:

“Sesiapa yang tidak memutuskan sesuatu hukuman itu berdasarkan hukum Allah, maka dia adalah zalim” (Al Maidah ayat 45).

Sabda Nabi:

“Allah tidak akan menerima solat seseorang pemimpin yang memutuskan sesuatu hukum/keputusan itu selain dengan cara yang diturunkan oleh Allah” (HR Hakim dari Talhah bin Ubaid”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan