Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Khamis, 17 Mac 2016

Terbaca pula rintihan pesara ATM yg telah menabung melalui LTAT...dari rumah sebelah..

Terbaca pula rintihan pesara ATM yg telah menabung melalui LTAT...dari rumah sebelah...

" SAYA HANYA MEWAKILI SUARA PESARA ANGKATAN TENTERA YANG MENANTI BERBULAN-BULAN 'DUIT CARUMAN' YAKNI DUIT SIMPANAN MEREKA DI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA:

Pihak LTAT tiada daya untuk menjawab ribuan panggilan telefon setiap hari daripada pesara tentera yang bertanya dan bertanya dan bertanya. Mereka hanya mampu menjawab berlaku kesilapan teknikal dan tunggu daripada keputusan pihak Kementerian Kewangan sejak bulan Disember 2015 lagi.

YAB Dato' Sri Najib Razak anggota tentera ADALAH PENYUMBANG TERBESAR DALAM PILIHANRAYA UMUM setiap tahun kepada Kerajaan Barisan Nasional dan ANGGOTA TENTERA MENJADI BENTENG PERTAHANAN NEGARA sehingga mengembalikan kedaulatan negara sewaktu apa yang telah berlaku di Sabah.

KINI TIBA MASANYA ramai pesara tentera satu persatu berdepan dengan tindakan mahkamah, tindakan pihak bank dan juga hilang punca pendapatan. Lembaga Tabung Angkatan Tentera TIDAK BOLEH MEMBENARKAN CARUMAN DIKELUARKAN selagi YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tidak meluluskan peratusan dividen dan bonus kepada LTAT.

ADAKAH LTAT JUGA MENJADI SASARAN UNTUK MEMBAYAR HUTANG BERBILION RINGGIT kepada pihak lain. Anggota pesara Angkatan Tentera Malaysia mempunyai ahli keluarga, anak-anak yang masih belajar dan harta yang perlu dibayar setiap bulan.

SEHINGGA KINI BANYAK AKHBAR ARUS PERDANA melindungi cerita dan luahan serta komentar yang ditulis oleh pesara Angkatan Tentera di atas kelewatan LUAR BIASA yang berlaku pada LTAT sebagai pemegang amanah caruman seluruh pegawai dan anggota tentera.

TOLONGLAH DATO' SRI! MEREKA PERLUKAN DUIT MEREKA!"

Kepada barisan kepimpinan yang ada...kiranya dapat memberi perhatian ke atas pesara2 itu jika benar keadaan terjadi yg menghimpit kehidupan mereka....setelah bertarung dan menggadai nyawa demi pertahankan ibu pertiwi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan