Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Ahad, 19 Jun 2016

PANAZZZZ ! Rekod RM2.6 Bilion Najib DiPecahkan ..... oleh Najib ! Pendedahan Panas Dari Mukhriz

PANAZZZZ ! Rekod RM2.6 Bilion Najib DiPecahkan ..... oleh Najib ! Pendedahan Panas Dari Mukhriz

MENGEJUTKAN! pendedahan terbaru dari Mukhriz ketika bercakap dalam satu majlis bersama Ketua2 Cawangan dan ahli2 Umno sekitar Kota Bharu semalam.

Selama ini kita disajikan dengan cerita RM2.6 bilion dan Najib kononnya telah pulangkan RM2.03 bilion kepada penderma, maknanya Najib hanya belanja sekitar RM600 juta je.

Semuanya bersandarkan kepada angka 2.6 bilion. Itulah yang telah diterima oleh Najib ... tak lebih dan tak kurang.

Pernah tak terfikir yang Najib mungkin ada terima LEBIH DARIPADA 2.6 BILION ?

Woooooo...... ni dah jadi cerita lain ni ! Tapi kemungkinan itu tetap ada kan ? Yalah ... selama ini pun Najib tidak pernah tunjuk apa2 bukti pun, contohnya penyata bank yang menunjukkan baki dan transaksi2 dalam akaunnya.

Dan WSJ pula hanya dedahkan apa yang mereka tahu dan yang menurut mereka, ada buktinya. Itu pun baru ini, angka asal sudah dinaikkan bersandarkan bukti baru yang mereka terima. Dari angka asal US$681 juta kini dah jadi US$1 bilion ! Mungkin saja angka itu bakal berubah jika ada penemuan baru lagi ?

Segalanya mungkin .... sebab Najib tidak pernah mahu berterus terang ! Najib hanya mengaku jika sudah terkantoi.

Sekali lagi, siapa saja yang tahu berapa sebenarnya jumlah deposit yang masuk ke dalam akaun Najib ?

Kalau yang RM2.6 bilion itu pun Najib pandai buat senyap, siapa berani kata yang tidak ada lagi deposit lain ?

Tonton dan baca dulu transkrip di bawah -

KLiK untuk ke Youtube.

Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan Pengerusi2 Umno Negeri dengan Presiden Parti. Saya hadir sama dan semua Pengerusi Perhubungan pun ada sama. Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agong Ku Nan pula yang menyampok ( bila ) Presiden tak jawab, dia kata -

Sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, dia kata .... kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

Tiba2 Presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya pada PRU13, kita telah belanja 1.5 Bilion Ringgit !

1.5 Bilion Ringgit !

Saya terkejut bila saya dengar Presiden kata begitu, sebab saya kata .. 1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi Parlimen !? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12... zaman Pak Lah dulu.

Dan Ku Nan ni berkata,  You tahu apa, you orang muda lagi... dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah. Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah.

Saya duk fikir balik ..... 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu ? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu2 kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang 2/3.

Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan .... 2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab ... kalau tolak 1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal 1.1 bilion Ringgit. Macamana dia boleh kata dia pulangkan 2.03 bilion balik kat Arab tu ?

Daripada 1.1 bilion naik jadi 2 bilion ? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham. .. yang angka2 ni semua tak betul.

Bohong punya bohong .. dah jadi bertimbun2, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebihkurang 100%  tak betul !

                                                 *******************************

1.5 bilion sudah dibelanjakan  ....... campur 2.03 bilion yang dipulangkan ... maknanya jumlah yang ada dalam akaun Najib adalah - RM3.53 bilion !

eh, bukan RM2.6 bilion ke ?

Buuukaaaaaaaan .... sekarang dah jadi RM3.53 Bilion ! !

Peeeeeergh ! Tabiklah Najib ! Rekod derma paling tinggi diterima dalam sejarah peradaban manusia yang dipegang oleh Najib dipecahkan sekali lagi oleh dirinya. Apakah rekod itu bakal dipecahkan lagi ?

Segalanya mungkin dengan Najib .....

PS - Bukan saja tidak pernah ada satu bukti pun yang kita nampak tentang akaun Najib ini, Najib sendiri tidak pernah mengaku ada mengembalikan semula baki wang itu walaupun ketika bercakap kepada perwakilan Umno semasa PAU baru ni. Perkara itu hanya timbul bila disebut oleh AG bulan lepas.

Duit RM42 juta yang masuk dalam akaun sendiri pun Najib tak tahu dari mana datangnya .... tapi tetap dibelanja sakan. Bila orang dakwa datang dari SRC, Najib pulak yang minta orang itu buktikan ! Takkan Najib sendiri tak tahu ?

Berapa banyak lagi yang masuk dalam akaun Najib ni ?

So .... bersandarkan gelagatnya sendiri, macamana nak percaya Najib ni ?
https://youtu.be/GaFys-iYQeE
http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/03/panazzzz-rekod-rm26-bilion-najib.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan