Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Selasa, 26 Januari 2016

RAKYAT TIDAK BOLEH PERCAYA KERAJAAN BN UNTUK MENANDATANGANI PERJANJIAN TPPA

RAKYAT TIDAK BOLEH PERCAYA KERAJAAN BN UNTUK MENANDATANGANI PERJANJIAN TPPA

Dalam saat dan waktu getir ketika kerajaan Malaysia dihujani persoalan dan kritik berkenaan skandal hutang negara dan #1MDB yang mencecah RM2.6-4 billion derma, Kerajaan BN meluangkan masa untuk sibuk berunding Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA).

Hakikatnya, Malaysia secara komited terlibat secara langsung selama 5 tahun untuk menjadi sebahagian daripada perjanjian perdagangan terbesar di abad ke-21 ini. Malangnya, sikap kerajaan yang menyembunyikan butiran penting dalam perjanjian besar ini serta merahsiakan proses rundingan sepanjang lebih 4 tahun lamanya boleh dikategorikan hanya bertaraf proses perundingan era lampau abad ke-12.

Adapun teks penuh perjanjian TPPA kini boleh diakses orang awam, namun rakyat hanya diberikan kurang 60 hari untuk menghadam hampir 6,350 muka surat penjelasan tentang undang-undang perdagangan antarabangsa. Kemuncak debaran dan persoalan rakyat akan tiba di penghujungnya pada 26 dan 27 januari ini apabila sidang khas Dewan Rakyat di parlimen dan sesi ‘perbahasan’ akan dijalankan.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk memuji Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed usaha murni melibatkan ahli parlimen pembangkang dalam beberapa perbincangan meskipun tidak mempunyai perubahan kepada isi rundingan yang dijalankan.

Pada tahun 2013, saya mengalami kesukaran dalam tugasan meyakinkan pengamal perundangan UMNO untuk bersetuju mewujudkan Kaukus Parlimen, walau berhasil akhirnya. Sehingga hari ini, kami ahli-ahli parlimen pembangkang yang turut serta sebagai Kaukus parlimen YB Wong Chen, YB Dato Takiyuddin, YB Dr. Jeyakumar dan YB Dr. Charles Santiago telah menghadiri 15 sesi mesyuarat bersama menteri juga beberapa siri bersama Michael Froman walaupun pendedahan Michael Froman jauh lebih bermakna berbanding dengan rakan sejawatnya di Malaysia.

Bila tiba saat Dato’ Seri Mustapa Mohamed mengumumkan pembubaran barisan Kaukus Parlimen TPPA, kami masih ditinggalkan dengan seribu satu persoalan tentang apakah niat sebenar menubuhkan dan melibatkan ahli parlimen pembangkang pada awalnya.

Kami di pihak ahli parlimen pembangkang yang terlibat sebagai ahli Kaukus, mendesak agar teks penuh TPPA diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Hal ini kerana bahasa rasmi di negara ini adalah Bahasa Malaysia dan adalah penting agar rundingan yang dilaksanakan perlu diaih bahasa ke Bahasa Malaysia sebelum diteruskan. Tambahan pula, saya menyeru agar Peguam Negara tidak hanya menutup mata dan seharusnya memberikan penerangan lanjut berkenaan undang-undang serta penggubalan perlembagaan yang terjejas dengan menandatangani TPPA.

Malangnya, kami hanya dimaklumkan tentang penggubalan 26 undang-undang yang perlu dilakukan untuk tandatangan TPPA melalui pendedahan media, dan itu juga dilakukan setelah pembubaran Kaukus TPP oleh menteri.

Sesi perbahasan TPP di Parlimen adalah satu langkah yang tepat walaupun hakikatnya perjanjian perdagangan bebas tidak perlu diluluskan oleh parlimen, hanya kelulusan kabinet diperlukan. Namun, kecacatan sistem ini mendesak ke arah proses reformasi parlimen yang berterusan.

Keperluan ini bertambah penting dalam suasana politik kini di mana kerajaan, iaitu Perdana Menteri kita mengalami krisis kepercayaan rakyat dan urus tadbir negara yang bobrok.

Malangnya bagi kami, 26 dan 27 januari adalah sesi Parlimen yang hanya memperlihatkan bahawa apa yang diinginkan oleh Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimen kerajaan adalah undi yang tidak berasaskan kemahuan individu, tetapi berasaskan arahan parti. Yang pasti, akan wujud tentangan hebat dari pengamal undang-undang BN yang ingin menandatangani TPPA.

Justeru, Sidang parlimen akan menjadi satu langkah yang sia-sia berbanding peluang bermakna yang sewajarnya digarap untuk membaiki kelemahan struktur ekonomi negara. Yang mana sistem yang membela golongan atasan, pemisahan industri secara tidak sihat, praktis yang hanya menguntungkan kroni dan ketidak efektif siasatan kepada dakwaan rasuah yang dilaporkan.

Siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira, PAC dengan mudah dihentikan separuh jalan dan ini semua menjadi lebih mudah dengan kuasa yang dipegang oleh Perdana Menteri.

Percayalah, perjanjian TPP di bawah kelolaan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak tidak akan menyelesaikan krisis ekonomi yang melanda negara kini. Isu berkaitan kesenjangan ekonomi, kos sara hidup, inflasi, pengangguran, peralihan teknologi dan isu utama yang membabitkan Malaysia – budaya rasuah yang sewenang-wenangnya dilakukan oleh pengawai – pengawai tinggi di Malaysia. Pada tahun 2014, Malaysia di tangga ke 50 daripada 170 negara dalam indeks rasuah, jatuh 14 negara berbanding 2001. (Transparency International’s Corruption Index )

Pada 2010, UNDP melaksanakan kajian tentang impak TPP kepada Malaysia. Penemuan mereka menunjukkan Malaysia akan mendapat faedah dari TPP. Kesimpulannya, antara kelebihan yang diperoleh adalah melalui pemansuhan tariff.

Empat tahun kemudian, Rashmi Banga, ahli ekonomi di UNCTAD menjalankan kajian bahawa wujud penurunan dalam imbalan perdagangan. Hampir RM 5 bilion kerugian setiap tahun setelah TPPA ditandatangani.

PWC, badan ekonomi antarabangsa yang dipertanggungjawabkan oleh MITI untuk mengeluarkan analisa kos dan faedah TPPA yang akhirnya menunjukkan jawapan yang hampir sama. PWC menganggarkan perolehan minimum adalah 0.13% GDP daripada pemotongan tariff.

Anggaran bahawa 50% bukan-tarif potongan akan mencapai jumlah 1.15% GDP dalam 9 tahun. Namun, imbalan perdagangan akan jatuh merudum secara ketara pada kadar 30% iaitu USD42 billion ke USD29.7billion

Dalam pada itu, jika dilihat dengan pandangan kasar, TPPA memberikan gambaran kononnya kiraan bukan-tarif boleh memberi manfaat 25% ke 50% kepada negara. Namun hakikatnya, ia adalah dengan bersyarat tergantung kepada terma yang dipersetujui oleh ahli-ahli negara lain yang menandatangani TPPA.

Namun begitu, kajian ini masih belum menunjukkan apa-apa keuntungan yang mapan dalam pertumbuhan pembangunan negara ini. Tambahan pula, kajian yang wujud dengan pelbagai andaian dan menunjukkan keperluan serius kepada usaha memahami kesan TPPA kepada Malaysia.

Dua badan yang diarahkan untuk mengemukakan analisa kos dan benefit masih belum menyediakan laporan secukupnya tentang hakikat impak TPPA terhadap kemungkinan tindakan undang-undang korporat melalaui ISDS: kurang akses kepada ubat-ubatan generik dan kesan membuka perolehan kerajaan yang mungkin dalam masa mengekalkan status quo terpilih.

Justeru, ketidaktelusan yang terhasil melalui laporan CBA menunjukkan yang analisa ini hanya boleh digunakan untuk tujuan melindungi MITI. Dan MITI yang dipertanggungjawabkan untuk membela pemimpin politik mereka yang juga merupakan Penasihat #1MDB, Datuk Seri Najib Razak.

Antara kebimbangan yang disuarakan oleh ahli ekonomi, Joseph Stiglitz dan Prof Jomo Kwame Sundaram yang telah diatur bertemu oleh sekutu-sekutu MITI, daripada dibawa berbincang secara serius dan mendalam berkenaan hal ini.

Prof Jomo menekankan tentang penurunan kos sara hidup dan kebajikan rakyat serta kesenjangan ekonomi pasca implementasi TPPA apabila Putrajaya meletakkan TPP sebagai kambing hitam negara.

Masih kita ingat keputusan yang dipilih ketika keluar dari perjanjian FTA Amerika Syarikat pada tahun 2008 adalah disebabkan 58 garis merah yang dikenalpasti sebagai faktor untuk tidak tandatangan. Namun apa yang berlaku selepas itu? Masihkah wujud sesi rundingan dan perbincangan yang tidak didedahkan?

Liberasi perolehan kerajaan diberikan penangguhan bagi perolehan pembinaan selama 20 tahun manakala perolehan barangan dan perkhidmatan hanya dilindungi selama 7 hingga 9 tahun. Jelas sekali, terdapat pendekatan terpilih berdasarkan kepentingan dan saiz perolehan.

Selain itu, sektor awam tidak dikategorikan di bawah pengurusan perolehan kerajaan setelah tandatangan TPPA. Adakah kita akan terus menerusi menyaksikan gejala pemilikan projek secara runding terus untuk berterusan? Atau TPP mungkin mungkin akan berjaya merencatkan reformasi sistem daripada menggalakkan proses ini.

Atas dasar prinsip ini, saya dan rakan-rakan ahli parlimen pembangkang tidak akan mengundi perjanjian TPP yang dibawa oleh kerajaan BN. Kami mendesak agar lebih banyak masa diperuntukkan supaya perjanjian perundingan abad ke-21 ini dapat diterokai sepenuhnya. Kami tidak yakin bahawa rakyat akan menerima lebih banyak faedah berbanding impak negatif yang perlu ditanggung. Kerajaan hari ini mengalami krisis kepercayaan dan sewajarnya tidak diberikan mandat dalam menandatangani TPPA.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN PKR
25 Jan 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan