KRISIS MB KEDAH MELIBATKAN PENGARUH KUASA PERIBADI TANPA MENGHIRAUKAN RAKYAT BAWAHAN
Krisis Politik Kedah ibarat seperti naga kehausan mangsa.Serangan dari team UMNO yg menyokong agenda Dato Seri Najib Tun Razak menyebabkan pentadbiran di bawah Menteri Besar Dato Seri Muhkriz terumbang ambing menunggu tumbangnya team Tun Mahathir.
Parti Amanah Parlimen Sik mengambil kira semua aspek terutamanya Rakyat harus diutamakan dahulu dan krisis yg dicetuskan ini adalah dari permainan politik Dato Sri Najib sendiri demi kepentingan politik beliau yg ingin meluaskan pengaruhnya diperingkat akar umbi.
Amanah Parlimen Sik berpendirian bahawa Menteri Besar Kedah tidak wajar ditukarkan pada waktu ini memandangkan pertukaran itu tidak akan memanfaatkan sama sekali oleh kerana rakyat kini sedang menghadapi kesukaran ekonomi dengan kos sara hidup yg tinggi.
Rakyat bawahan terutanya penduduk negeri kedah sangat terhimpit dengan saraan hidup terutamanya mereka yg bergantung 100% kpd industri dan pengeluaran getah beku di pedalaman daerah Sik ,Baling dan Padang Terap
Rakyat melihat pertukaran MB Kedah ini hanyalah satu kemaruk kuasa yg dirancang demi kantung kroni dalam perebutan kuasa yg akan diagih dimasa akan datang tanpa menghiraukan permasalahan rakyat disekeliling.
Sulaiman Ibrahim@LemanRL
Ketua Parti Amanah Negara Parlimen Sik
Pengarah BIRO Tanah, Pertanian dan Luar Bandar AMANAH Negeri Kedah
2 Feb 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan