Pakatan Harapan Sabah

Pakatan Harapan Sabah
MENUJU AUTONOMI SABAH

Selasa, 2 Februari 2016

SIASATAN OLEH AGENSI ANTARABANGSA BERKAITAN SKANDAL PENYELEWENGAN 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (1MDB)

SIASATAN OLEH AGENSI ANTARABANGSA BERKAITAN SKANDAL PENYELEWENGAN 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD (1MDB)

Saya merujuk kepada laporan media Singapura berkaitan kenyataan bersama oleh pihak Commercial Affairs Department (CAD) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) berhubung tindakan merampas sejumlah akaun bank yang dikaitkan dengan siasatan terhadap 1MDB, semalam. (Sumber berita boleh dirujuk di pautan: http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/singapore-authorities/2478042.html.

Berhubung dengan kenyataan tersebut, saya mengharapkan pihak berkuasa Singapura agar kekal konsisten dan tegas dalam meletakkan keutamaan memelihara integriti republik berkenaan sebagai pusat kewangan global yang tersohor mengatasi kepentingan hubungan dua hala melibatkan Barisan Nasional dan PAP.

Sebaran tindakan “sweeping matters under the carpet” akan dilihat menjejaskan reputasi Singapura malahan akan mengkhianati rakyat Malaysia yang bergelut dengan kebimbangan menuntut kebenaran dalam kes ini.

Mewakili KEADILAN, saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa kerajaan Pakatan Harapan di masa hadapan akan memastikan keadilan tertegak walau berapa lama masa yang akan diambil dalam proses siasatan dan pendakwaan. Rakyat Malaysia sememangnya berhak untuk mengetahui kebenaran.

Manakala kita mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa di Singapura dalam hal ini, KEADILAN juga menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland yang baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan menggemparkan bahawa satu siasatan ke atas firma milik kerajaan, 1MDB, didakwa telah mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) telah diselewengkan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.

Tentunya rakyat Malaysia akan bersama dengan semua pihak yang sentiasa istiqamah menegakkan keadilan dan mendedahkan kebenaran.
 
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan