Najib Razak harus berundur sebelum bubur menjadi basi
Berikut adalah pendapat yang di-utarakan seorang rakan yang pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri Najib Razak baru dilantik sebagai Perdana Menteri. Rakan ini bagaimanapun terpaksa memilih antara baik dan buruk dan telah meninggalkan jawatan bergaji tinggi itu demi prinsip dan harga diri.
Apabila penasihat asing dan pengampu tegar menjadi pilihan, yang benar berjuang demi negara terpaksa berundur sebelum mara dilandasan yang lain.
Baca penelitian beliau dan saranan kenapa Najib Razak harus berundur sebelum nasi yang kini telah menjadi bubur, basi sepenuhnya.
Peluang Umno dan Barisan Nasional nyata semakin hari semakin tipis.
Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman meletak jawatan setelah berlaku rusuhan kaum. Dasar2 beliau yg bersifat status quo tidak disenangi majoriti org Melayu. Tun Razak meninggal dalam jawatan, Tun Hussein melepaskan jawatan akibat masalah kesihatan, Tun Abdullah kerana pencapaian pilihanraya yang terburuk dlm sejarah politik umno/bn (pada ketika itu). Tun Mahathir pula melepaskan jawatan secara sukarela.
Bagi DSNTR alasan beliau perlu melepaskan jawatan ada beberapa yg bersifat "major";
A. Pencapaian PRU 13 yg terburuk dlm sejarah mengekalkan kegagalan memperoleh 2/3, undi popular kurang 51 % buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara dan kemenangan jumlah kerusi parlimen 133 kerusi yang tersedikit berbanding yg pru2 lepas diambilkira nisbah keseluruhan kerusi pada satu2 masa. Alasan yg kerusi melayu yg dimenangi meningkat seumpama alasan ibarat melepas betuk ditangga
B. Kehilangan kebolehpercayaan oleh majoriti rakyat. Kredibiliti dan integriti beliau telah rosak sebagai pengerusi bn, presiden umno dan perdana menteri
C. Jika beliau kekal sebagai PM parti umno dan bn serta. kerajaan akan menggunakan sepanjang masa sehingga PRU 14 untuk mempertahankan imej beliau bukan utk meningkatkan sokongan dikalangan pengundi sedia ada atau pengundi baru sekadar mengekalkan serta memulih sokongan sedia ada
D. Dalam politik tanggapan dan pendapat amat penting. Jika diukur Kedua2 faktor ini maka imej beliau di kalangan pengundi secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnys telah hancur luluh
E. Malaysia akan menjadi bahan lelucon dunia malahan institusi kita akan diperlekehkan kerana bagaimana pihak menyiasat iaitu agensi2 berkenaan hendak menyiasat tanpa fear and favour seorang yg secara teknikalnya boss yg melantik mereka dan masih bertanggungjawab kepada individu berkenaan
F. Bagi menghadapi cabaran semasa luar atau dalam Malaysia memerlukan pemimpin yg unencumbered utk memberi keyakinan kpd majoriti rakyat dan masyarakat antarabangsa. Berikan malaysia dan rakyatnya ruang dan peluang utk terus bergerak ke hadapan bukan regresif ke belakang
G. Jika benar beliau sayangkan negara, parti, bangsa dan agamanya korbankanlah perasaan dan step aside dari kepimpinan negara dan parti demi rakyat Malaysia. Berilah peluang kepada malaysians utk dikhidmati secara yang terbaik. Be part of the solution not part of the problem.
#UndurlahNajib
Sumber : Apanama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik Blog Tidak Bertanggung jawab Dengan Ulasan Yang Berbau Hasutan